Wednesday, August 31, 2011

kasih mereka sampai ke syurga...

salam
tepat jam 1.50 pagi 31 ogos 2011.....
aku merindui mak dan ayah
rindu yang x dapat dibayangkan bagaimana
rindu pada tangan mama yang membelai
rindu pada wajah ayah yang penyayang
rindu kucupan mama di pipiku
rindu ciuman ayah di dahiku
rindu rangkulan mama dan ayahku
rindu untuk memandang wajah mereka
rindu untuk mencium tangan mereka
rindu untuk memeluk batang tubuh mereka
rindukan kata nasihat mereka

rindu untuk menolong mama buat kuih pagi-pagi
rindu mendengar deruman motor ayah menghantar kuih jualan kami ke kantin-kantin
rindu aroma kopi bancuhan mama untuk ayah pada waktu pagi dan petang
rindu asam pedas mama
rindu masa-masa perbualan aku dan ayah ketika waktu senggang

aku rindu untuk memberikan keputusan peperiksaan yang cemerlang kepada mereka
aku rindu untuk menyenangkan hati mereka
aku sangat rindu
rindu yang teramat
sampai aku tidak sanggup untuk menyuarakan nya

aku rindu semua detik-detik itu
aku mahukan detik-detik itu tidak hilang ditelan arus masa
aku inginkan kekuatan untuk melampiaskan rindu ku itu
dimana kekuatan itu????
dimana???
dimana hilangnya kekuatan itu?
yang dulu kekuatan itu ada dalam diri aku
kini hilang begitu sahaja.....
atas sebab apa? atas dasar apa ia meninggalkan aku?
disaat aku sangat memerlukan kekuatan itu??

maka aku perlukan seorang teman
teman yang sanggup berjuang bersama aku
aku tidak mahu teman yang lalai dan leka bersama aku
aku tidak perlukan teman seperti itu......
apa yang aku perlukan ialah sorang teman yang menegur kesilapan aku
tanpa rasa takut, tanpa rasa jemu
seorang teman yang mendekatkan diri aku kepadaNya
menahan aku dari kemungkaran, menbantu aku ke arah kebaikan....
agar dapat aku menunaikan segala perasaan rinduku
agar dapat aku membahagiakan kedua orang tua ku...
agar dapat aku memperolehi rahmat dari yang maha Esa.......amin.....

No comments: