Wednesday, June 30, 2010

ak x phm....

salam,
ak x phm.... manusia ni kejar pe dalam hidup dia... hmm ape jawapan nye....

Saturday, June 19, 2010

kisah hantu jembalang

kisah hantu jembalang

Aku dibesarkan dengan mendengar cerita-cerita tahyul. Dulu, aku 100% percaye hantu itu wujud dan mampu mencekik aku. Siapa suruh tengok cerite "Malam Satu Suro" a.k.a Sundal Bolong, "Ratu Iblis" (mesti korang tak pernah tengok), "Mak Lampir" (bukan "Mat Lampir" ye Amilia).

Aku ingat lagi,
Hati aku tak pernah tenang bila video tape "Malam Satu Suro" berade di dalam rumah. Nasib baik ade 'malaun' yang reti pinjam tapi tak reti pulang telah menjadikan video tape itu harte bende mereke. Bapak gue marah gile.

Aku ingat lagi,
Takut gile nak pergi tandas waktu kecik dulu. Takut ade tangan keluar dari lubang tandas. Heee, jijik betol.

Pastu orang-orang tua selalu menggunakan istilah "hantu" untuk menakutkan budak-budak. Berjaya sungguh la. Contohnya, "haa,pergi lagi situ, ade hantu kang." Sedangkan budak-budak tu mane la nak tau hantu tu rupenye macam mane. Tak pernah jumpa pon. Tapi takot macam dah pernah kua dating ngan hantu. Keji gile (aku pun pernah buat bende yang same kat anak sedare aku)

Aku rase macam pernah jumpe seekor saje hantu seumur hidup aku. Mase darjah satu. Hantu yang suke dengar orang ngaji (mak aku cakap bunian). Bunian pon satu lagi, korang percaye tak adenye bunian? Aku pon tak sure aceli, orang cakap bunian ni hidup macam manusia. Dulu diorang hidup aman damai ngan manusie. Tapi sebab diorang tak suke manusie ni berhati busuk, lalu diorang mintak kat Tuhan nak hidup berasingan (iaitu diorang tidak boleh dinampak dengan mata kasar). Ye atau tidak, tak tahulah pulak.

lepas tu, aku tak pernah dah jumpe hantu kecuali dalam TV. Jadi, kepercayaan aku pun semakin berkurang akan wujudnya hantu. Bulu tengkuk hanya akan meremang bila mendengar cerite-cerite hantu orang lain.

Sekarang, orang tak perlu nak 'bela' harimau jadian untuk travel ke tempat jauh.

Sekarang, orang tak perlu nak 'bela' hantu raya sebab dah ade alat-alat canggih.

Sekarang, orang tak perlu 'bela' toyol sebab orang dah pandai curi duit sendiri.

Jadi jangan takut bila ade orang cakap "Tadi aku nampak rambut kau panjang." walaupun rambut anda pendek. Orang tu ngantuk kot.

p/s: aku tanye mak aku "Kenape orang dulu suke bela hantu?". Mak aku cakap "Dulu orang duduk dalam hutan, banyak binatang buas, banyak komunis yang suke tembak orang sesuke hati, diorang pon kene lah pertahankan diri." Hurm, logik sikit.

Monday, June 14, 2010

pengajaran bg ku....

Peristiwa ini berlaku di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Ketika itu jam menunjukkan 4.00 pagi ustaz menerima panggilan telefon daripada hospital berkenaan supaya menguruskan jenazah tersebut. Jenazah itu telah seminggu tidak dituntut dan ia perlu diuruskan segera kerana bilik mayat telah pun penuh sedangkan ada lagi mayat yang akan disimpan.

Ustaz difahamkan bahawa si mati bukanlah berasal dari Klang dan pihaknya telah gagal mengesan waris keluarganya. Di luar bilik keadaan begitu dingin ,sejuk sunyi hening dan gelap. Cuma yang tinggal hanya ustaz dengan seorang penjaga bilik itu. Kemudian ustaz ingin memulakan tugasnya, dengan berhati-hati membuka laci mayat 313 dengan perlahan.

Setesrunya dengan penuh debaran membuka kain yang menutup muka jenazah tersebut. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia dalam 20-an dan tenung wajahnya buat seketika. Tiba-tiba dengan kehendak Allah muka jenazah itu bertukar sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Pada mula tidak difikirkan aneh kerana mungkin jenazah yang meninggal 7 hari. Tetapi lama-lama semakim hitam legam membuatkan tertanya-tanya dalam hati. Ustaz perhatikan dengan teliti sambil hati tanpa henti membaca ayat-ayat suci al-Quran. Detik demi detik wajah jenazah tersebut berhenti bertukar warna.Ketika itu wajahnya sudah tidak seperti asal tetapi hitam terbakar.

Lantas ustaz pun keluar seketika. "Saya keluar sekejap. Nanti saya uruskan jenazah ini semula",kata kepada penjaga bilik mayat. Ustaz duduk termenung dan memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustaz ...

a.. Apakah yang sebenarnya yang terjadi ?
b.. Siapakah pemuda itu ?
c.. Mengapakah wajah bertukar rupa ?

Tidak lama kemudian dengan tiba-tiba telah datang seorang wanita tua berjalan menuju ke arah ustaz. Lantas terfikir sejenak siapa pula wanita ini yang hadir ke bilik mayat jam 4.00 pagi ? Semakin lama semakin hampir dan berdiri di hadapan ustaz. Dia dalam linkungan 60-an dengan memakai baju kurung. "Ustaz, saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu tidak dituntut",kata wanita itu. "Jadi saya nak tengok jenazahnya", tambahnya lagi dengan lembut. Dengan penuh tanda tanya ustaz tidak keberatan membawa wanita ke tempat jenazah ditempatkan. Ustaz menarik laci 313 dan membuka kain penutupnya."Betulkah ini mayat anak makcik ?", tanya ustaz "Makcik rasa betul... tapi kulitnya putih". Makcik liha tlah betul-betul", kata ustaz. Selepas diteliti jenazah berkenaan begitu yakin bahawa mayat ituadalah anaknya.

Ustaz pun menutup kembali mayat itu dan membawa wanita keluar dari bilik mayat. Kemudian tiba-tiba ustaz pun bertanya " Makcik, ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya berlaku sampai wajah anak makcik bertukar menjadi hitam?". tanya ustaz.Wanita enggan menjawab sebaliknya menagis teresak-esak. Ustaz bertanya lagi namun dia tetap enggan seperti menyembunyikan sesuatu. " Baiklah... . kalau makcik tak nak beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak makcik ni." kata ustaz untuk mengertaknya.

Kemudian barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat air mata " Ustaz ,anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja dia akan bangun dia akan buat tanpa membantah sepatah pun. Dia memang anak yang baik".cerita wanita itu. "Tetapi ... apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya dia mengamuk marahkan makcik.. Kalau kejutkan dia suruh pergi ke kedai dalam hujan lebat pun dia pergi. Tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik akan terus naik angin, itulah yang makcik kesalkan", kata wanita tersebut. Jawapan wanita itu memeranjatkan ustaz.

Lalu teringat kepada hadis Rasulullah bahawa, barang siapa yang tidak sembahyang , maka akan ditarik cahaya imannya dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku.Pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya malah diaibkan dengan wajah yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya wanita itu meminta diri berjalan pantas dan hilang dalam gelap. Ustaz kembali menyambung menguruskan jenazah itu memandikan, mengkafan dan menyembahyangkanya. Selepas selesai ustaz pulang kerana esok bertugas sebagai Imam Masjid Negeri Shah Alam.

Selang 2, 3 hari kemudian ustaz tergerak hati untuk menghubungi waris mayat pemuda itu. Melalui nombor telefon daripada pihak hospital terus menghubungi saudara yang agak jauh pertalian saudara. Selepas memperkenalkan diri ustaz pun berkata, "Kenapa dibiarkan orang tua itu ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya kan elok jika dia yang datang kerana berada di KL tak jauh dengan Klang" . Kata ustaz menyebakan orang itu terkejut, " Orang tua mana pula " katanya. Ustaz ceritakan tentang bentuk badanya, rupanya, kata-katanya. "Kalau wanita itu yang ustaz maksudkan , peremuan itu adalah emaknya, tapi ... .emaknya dah meninggal lima tahun lalu" Jawab orang itu.. Ustaz terpaku tak tahu apa yang nak jadi ' Apakah ' yang datang menemui saya pagi itu ? Peristiwa ini telah berlaku setahun yang lalu. Walau apapun wanita itu ia adalah sesuatu yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya berlaku. Sabda nabi maksudnya: Bahawa jika sesorang itu meninggalkan solat satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan dineraka selama 80 000 tahun. Bayangkanlah …Sama la kita fikir, apakah cukup solat kita selama ini?jadokan kisah ini sebagai iktibar..

Saturday, June 12, 2010

pengajaran..

salam, hmm dah lame x update blog, dah bersawang gile dah ni. hmm, act aku bru dpt email dari PERUBATAN MESIR. hmm... so ak copy paste je la dri sumber k. harap dapat pengajaran dari kisah ni...


 bismillahirrahmanir rahim
sy baru balik dari lecture internal medicine,,dr HOSAM AHMAD MUWAFEE.
macam biasa,,tiap kali lecture,dr akan selitkan pengalaman dia sepanjang bertugas. dr ni dah berumur, tiap tahun dia akan bagi lecture free,,,tahun ni tahun ke 39 dia mengajar student.umur dia antara 75-90 tahun.tiap tahun at least 1000 student dia..mmg hebat ar lecture dia..subhanAllah. hari ni dr ader citer satu pengalaman dia,,yang buatkan saya rasa nak kongsi ngan semua orang.
masa bulan ramadhan yang lepas,dr tgh tunggu teksi,,tetiba ader sorang lelaki tak sedarkan diri,most probably hypoglycemic coma. masa tue,ader dr husam and beberapa orang lagi la kat tempat kejadian. dr husam pun amik madu,,(orang kat situ kasi),sapu kat mulut patient tu. alhamdulillah, patient tu sedar,,,dan ok,,dan berjalan pergi dari situ.(ader org bwk dia pergi spital)
dalam masa yang sama,salah sorang daripada orang awam yang ader kat situ dan tgk kejadian tu,,pergi call ambulance.bila dia datang dan tgk patient tadi tue dah takder kat situ,,dia pun naik cuak.
(saper2 yang call ambulan kena kasi id number,,kalau didapati panggilan palsu,,kena penjara)..laki ni pun cuak la,,sbb nanti kalau ambulan datang n tgk takder saper2 yg sakit,,dia kena penjara plak..
bila masalah ni timbul,,ader sorang lagi orang awam yang ader kat tempat kejadian bagi idea camner nak buat. dia kata,,'oklah, biar aku berlakon jadi pesakit,aku baring kat sini,nanti bila ambulan datang korang cakap aku yang sakit tapi dah sedar.'
so,laki tu pun baring la kat situ.
bila ambulan datang,petugas tanya,sapa yang sakit? dr husam pun tunjuk kat tempat laki tu baring...petugas tu pun pergi kat laki yang tgh baring tue.then petugas  datang balik kat dr husam and cakap ' kitorg dah tak leh buat aper2,sebab laki ni dah mati' (merujuk kepada lelaki yang baring and berlakon sebagai pesakit)
kes ni berlaku ramadan lepas,,satu hospital kasrel ainy tahu citer ni..bukan rekaan yer...
mmg buat saya benar2 terkejut,,,rasa nak kongsi ngan semua..maaf kalau tak faham sbb sy just tulis secara ringkas.
suhaila ismail, 6th year cairo u
p/s: ble ake pikir2 blik, mati kita hanya tuhan yg thu.