Monday, November 30, 2009

.:Doa Khas Buatmu..wahai bakal Zauj ku:.

ya Allah ya Tuhanku...
Aku berdo'a kepadeMu untuk memiliki seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada sebahagian di hatinya setelah Engkau, Rasulnya, Para Ulama' dan Ibubapanya
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

ya Allah ya Tuhanku,
Kau kurniakanlahku seorang zauj yang wajahnye bise menenangkan jiwa,
yang hatinye sungguh mencintai-Mu dan dekat dengan-Mu
yang berusaha menjadikan teladan RasulMu ada pada dirinya
Dan beliau mengetahui bagi siapa dan untuk apa beliau hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

ya Allah ya Tuhanku,
kurniakanlah aku seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang yang tidak hanya memujaku tetapi juga membimbingku
Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerane iman dan takwaku
Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisi

ya Allah...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna 
namun aku meminta seseorang yang mampuku sempurnakan di mataMu
Seorang yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

ya Allah...
Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang dapat membuatnya bahagia dan bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"SUBHANALLAH..Maha Besarnya Kamu ya Allah..kerana telah memberikanku pasangan yang menyempurnakan hidupku dan melengkapkan agamaku ."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin....

["Bukan termasuk golonganku orang-orang yang merasa bimbang akan terkongkong hidupnya kerana berkahwin lalu kemudian ia tidak berkahwin." (HR. Thabrani). " ]

p/s: menjadi zaujah yang solehah adelah tanggungjawab dan bukan sekadar angan-angan mat jenin buat semue..same2 kite berdoa agar dipermudahkan kite melaksanekan tanggungjawab ini.. ^_^

muhasabah: makna takbir dan korban aidiladha

Ini kerana laungan takbir yang dilaungkan pada hari-hari berkenaan, bertujuan untuk membesarkan Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada semua. Justeru, sepatutnya setiap diri daripada kita yang mengaku Islam, perlu mengetahui secara mendalam pensyariatan laungan takbir pada malam hari raya. 

Ia adalah untuk mengisytihar, bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang tidak pernah sama memungkiri janji-Nya terhadap hamba-Nya Muhammad untuk memenangkannya dalam medan pertempuran menghadapi pihak musuh (pasukan al-Ahzab) yang terdiri daripada puluhan ribu tentera menghadapi tentera Islam yang kecil jumlahnya. 

Sesungguhnya laungan takbir mempunyai makna tersendiri yang mesti difahami dengan jelas oleh setiap individu muslim yang beriman bahawa Allah adalah Tuhan mereka, iaitu menjelmakan kefahaman bahawa Allah adalah segala-segalanya seperti maksud di bawah ini :
1- Kita percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kita juga percaya bahawa tiada undang-undang yang lebih hebat daripada undang-undang-Nya.
2- Kita meyakini bahawa setiap masalah yang timbul adalah daripada-Nya dan jalan penyelesaiannya juga adalah daripada-Nya.
3- Kita mesti beradab dengan kitab suci al-Quran tanpa ada sebarang perasaaan ragu atau syak terhadapnya.
4- Kita hanya tunduk kepada Allah dan agama-Nya (Islam) sahaja, serta menjauhkan diri daripada menganut ajaran atau fahaman yang tiada kena mengena dengan Islam.
5- Kita berjanji untuk menunaikan segala sumpahan kita terhadap-Nya seperti lafaz dalam doa iftitah, al-Fatihah dan doa Qunut.
6- Pasrah hanya kepada Allah dengan menyanjung tinggi serta mendaulatkan undang-undang Islam yang lebih tinggi daripada undang-undang ciptaan manusia yang serba kekurangan.
7- Menjadikan Allah matlamat dalam kehidupan kita termasuk ungkapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.
8- Meyakini bahawa segala bencana yang menimpa adalah atas kesilapan kita sendiri dan termasuk dalam senarai qada’ dan qadar Allah.
9- Merasa takut dan cemas akan ancaman Allah.
10- Takut kepada azab api neraka.
11- Tidak memilih pemimpin yang menyalahi Syariat Islam, sama ada dari sudut perbuatan, tingkah laku (body language), role model, percakapan dan lain-lain.
12- Tidak terdetik sedikitpun dalam hati untuk tidak percaya kepada Allah pada undang-undang, hukuman dan sebagainya.
13- Menjadikan rumah Allah sebagai tempat mengembalikan kemuliaan Islam dalam segenap aspek dan bukan hanya tempat untuk beribadat semata-mata.
14- Mensuci dan membesarkan Allah pada sifat-sifat serta nama-nama-Nya.
15- Meyakini bahawa Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya meraba-raba di muka bumi ini tanpa buku panduan.
16- Menjadikan diri kita patuh, setia serta taat hanya kepada-Nya sahaja.
Sementara maksud korban pula, ia merupakan istilah daripada bahasa Arab yang bererti hampir/dekat, iaitu ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail. 

Korban binatang ternakan adalah dikira sebagai satu ibadat kepada Allah SWT, apabila ia disebut sebagai ibadat, sudah pasti ibadat itu sendiri tidak dapat menerima perlakuan maksiat ketika ibadat korban sedang berlangsung. 

Sebagai contoh, apabila seorang wanita itu berniat untuk menunaikan ibadat solat, lengkap dengan mengambil wuduk serta tempat solat yang suci dari sebarang najis yang nyata, tetapi ketika dia melakukan solat, dia bersolek atau memakai baju kebaya yang mendedahkan auratnya, apakah kita dapat menerima hakikat yang mengatakan ibadat solatnya itu sah dan diterima di sisi Allah kerana ibadatnya bercampur dengan maksiat kepada Allah. 

Begitulah dengan ketegasn Allah SWT yang menjelaskan dalam ayat 37 surah al-Haj yang bermaksud : Daging-daging (unta, lembu, kambing) dan darahnya yang dikorbankan itu, sekali-kali tidak mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. 

Jelas dari apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, sesuatu amalan ibadat korban dengan menyembelih binatang-binatang ternakan pada hari raya itu hanya diterima dari mereka yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT. 

Dalam ayat 27 surah al-Maidah pula Allah berfirman yang bermaksud : Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Persoalan di sini, adakah orang yang berkorban binatang ternakan pada hari raya korban dengan penampilan macam orang yang tidak beriman boleh dikategorikan sebagai bertakwa kepada Allah?. 

Sepatutnya mereka perlu tahu keadaan dan tempat yang membezakan diri mereka pada waktu ibadat korban dijalankan, sebenarnya penampilan mereka itu memperlihatkan kecetekan ilmu yang ada pada diri mereka sendiri, malah memberi ruang kepada orang lain menghukumnya sebagai seorang warga kota yang tidak peka amalan serta ajaran agama. 

Tetapi apakah sebenarnya takwa itu yang membezakan antara kita dengan mereka yang kurang peka terhadap Islam? 

Takwa seperti yang pernah dijelaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib ialah : Takut kepada Allah Yang Maha Mulia, beramal dengan isi kandungan al-Quran, reda dengan apa yang sedikit ada pada kita dan bersiap untuk hari pembalasan untuk bertemu dengan Allah. 

Takwa juga menurut sebahagian ulama’ ialah membersihkan diri dari sifat-sifat terkeji dan melaksanakan segala tuntutan agama Allah SWT. 

Selanjutnya, sesuatu ibadat itu tidak diterima di sisi Allah melainkan dilakukan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam seperti yang telah disyaratkan dalam ilmu Usul Fiqh.
Kesimpulannya, ibadat mesti dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan menerusi kemantapan ilmu yang diwariskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. 

Perkara yang perlu dielak ketika menyertai ibadat korban sebagai renungan dan peringatan :
1- Tidak memakai seluar pendek.
2- Tidak bersolek atau memakai baju kebaya belah.
3- Tidak merokok ketika ibadat korban dijalankan.
4- Tidak bercakap pada perkara dunia semasa mata pisau diletakkan atas leher binatang sembelihan.
5- Tidak memakai baju yang tertera tulisan Tiger, Carlsberg, Sports Toto, Magnum ENE, Guinness, Akademi Fantasia, Mentor, One In A Million, Malaysian Idol atau pakaian sukan yang tertera nama-nama pemain bolasepak yang beragama Kristian dan sebagainya. 

Apa yang penting, hayati ibadat korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi smail sebagai iktibar berguna meniti jalan takwa kepada Allah.

manisnya menjadi wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. 

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

YOU ARE NOT ALONE

Another day has gone, I'm still all alone
How could this be, You're not here with me
You never said goodbye, Someone tell me why
Did you have to go, And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says

That you are not alone, For I am here with you
Though you're far away, I am here to stay
But you are not alone, For I am here with you
Though we're far apart, You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone, Why, 'lone

Just the other night, I thought I heard you cry
Asking me to come, And hold you in my arms
I can hear your prayers, Your burdens I will bear
But first I need your hand, Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says

That you are not alone , For I am here with you
Though you're far away, I am here to stay
But you are not alone, For I am here with you
Though we're far apart , You're always in my heart
For you are not alone

Oh Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there, I'll be there

You are not alone, For I am here with you
(You are not alone)
(For I am here with you)
Though you're far away, I am here to stay
(Though you're far away)
(You and Me)
For you are not alone, For I am here with you
(You're always in my heart)
Though we're far apart, You're always in my heart

For you are not alone...

KISAH PADERI DAN GEMBALA KAMBING

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Ellya Nabila



ari ni aku jumpe ellya huhu( ellya tu budak paling cute kt cairo) hahaha nak kenal? budak universiti cairo thun 2.. nama penuh die Ellya Nabila bt A. Jalil......tinggi dlam 152cm....tinggal dkt cairo la mane lg kan hahahah....betul ke korang nk kenal die? nnti aku kenal kan ea? wat mase ni rahsia walau bukan rahsia hahaha.mengarut je aku ni...ellya ko x kisah kan? kisah? hehehe lame2 nnti mesti ko x kisah nye hahaha....ellya ni baik orng nye..memnag x rugi ar korang kenal die. td an die masak..spaggeti kot huhu... SEDAP giler hahaha...thanks ellya...btw nk kenal ellya mesti bg tau aku dulu...WAJIB tau...kalau xnnti aku jeles haha...gurau je. ellya ni pendiam(walaupun bile borak ngn aku mcm nk runruh imarah kitorang hahaha....ape ellya? ko suruh aku buat ape yg aku nk buat? btul ni? ko gelak, ko gelak? eh ellya kenape tu? ko tinggal bju dlm mesin basuh? tula aku dah kate hhahaha....lain kali jgn gelakkan aku tau..kan dah kene "tulah" hehe....cian bju ko...g sidai cepat...aku tukang tngok je hahaha...ellya...ellya. eh korang tau x ellya ni cantik orang nya...ala2 miss universe gitu hehhe....mesti ko bangge kan ellya huhuhu..walau pun ko kecik, tp tahi lalat bwh mulut mu tetap menjadi pujaan hatiku...hahaha... ape2 pun thanks Ellya Nabila bte A. Jalil.......ko memang kawan aku..SYUKRAN.

Sunday, November 29, 2009

mandi ke x???

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..


Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

anda berfacebook??

Siapakah Dalang Di Sebalik FACEBOOK!
Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betulkan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want! Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita, senang sikit!"

Malang sekali bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita.

Cuba bayangkan!

Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah" dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi. Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?

Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?
- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule, habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.

Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita! Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya: Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.

Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.

Dan ini juga adalah satu fakta:
Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?

Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Saturday, November 28, 2009

Dearie Farhana,

U're send here t
fulfill ur task... Theref0re always remember da purp0se u c0me here...
Wutever u d0, whenever u are keep in mind u're a student..s0, u must creat an EXTRAORDINARY EFF0RT TO GRAB THE SUCCESS... Keep in ur mind, 2 be an intelligent one, every0ne aff0rd it... But t0 be INTELLIGENT + EXTRAORDINARY + GUD MUSLIMAH is very RARE!!!
Theref0re u must grab it dear...
Farhana, d0nt delay gurl... Delay are je0pardising urself...
N0w ur j0b, is juz T0 ACHIEVE UR REVERIE and to GET THE GREAT REVENUE FR0M IT...
Farhana, always remember MAMA and AYAH in whutever u d0...they all are h0ping da best fr0m u... D0nt disapp0int them gurl.. I h0pe u can d0 it.

Dr Farhana Hazwani bt Abu Bakar

Gurl, PRI0RITIZE ur PRI0RITY...
Yakin dgn Allah..apapun yg kta buat, ingatlah Allah bersama mu..
Kita perlu ada matlamat dlm khdupan...
Namun jgn kau terleka dek krn matlamat..hubngan dgn Allah mesti dijaga..bersemangatlah untk hari2 akan dtg. M0ga Allah membuka pintu ilmu@makrifat dikalbuku..
M0ga2 aku merasai kelazatan menuntut ilmu..
Apapun ALWAYS BE URSELF!!! Ingatlah dan trimalah masing2 ada kelebihan dan kekurangan..terima seadanya...
~I L0VE 2 BE MYSELF~

Akal kurniaan Allah..

PENYAKIT LUPA DAN LEMAH AKAL
Abu Umamah mnceritakan bhw Rasulullah saw prnah brsabda, maksudnya:"Lukman pernah berpesan kpd anaknya, hendaklah kamu selalu bergaul dgn ulamak &mendngar prkataan ulamak krn ssungguhnya Allah menghidupkn hati yg mati itu dgn chaya ilmu dan kcemerlngan hkmah sbgaimana Dia mghdupkn bumi yg mati itu dgn air hujan."(Hidayatul Mukhtar:138)

UBAT HATI
*mbca al-Quran dgn memahami maknanya(at-tadabbur)
*sdrhana dlm mkn minum
*selalu qiamullail
*bergaul dgn org s0leh(Ibrahim Al-Khawas dri kitab al-khumasiyyat)
*bristighfar pd mlm sblum subuh(sahar)
imam Syafie pernah berkata,"sesiapa ingin dicemerlangkan hatinya oleh Allah, hendaklah meninggalkan perkataan yg sia2."

EMPAT PERKARA MGELAPKAN HATI
1.prut knyang
2.brkahwin dgn org yg melakukan aniaya
3.melupakan d0sa2 lalu tanpa rasa insaf
4.panjang angan2
kata Sheikh Waqi' guru kpd imam Syafie,"sesngguhnya ilmu itu chaya, sdang chaya Allah itu tdak dkurniakan kpd org yg melakukan d0sa atau maksiat."

MEMBUKA HATI YG TERTUTUP
Dlam ktab Ihya' Ulumiddin oleh imam al-Ghazali, hati sse0rg itu akn trttup drpd memper0leh ilmu yg bnar hinggalah dia mnjalankn usaha yg serius iaitu:
#mengutamakan mujahadah iaitu brjuang melawan nafsu yg menyeleweng dri jalan Allah
#menghapuskn semua sifat2 mazmumah
#menjauhi maksiat
#bnyak brtawakal kpd Allah
#zuhud atau meninggalkan kcintaan kpd kduniaan yg melampau atau prkara yg melalaikn
#berusaha menjauhi tuntunan syaitan
#ikhlas kpd Allah
#mmbaca al-Quran krn akan trbuka snar hati dn mudah menerima ilmu
#merujuk kpd al-Quran dan hadis krn kedua-duanya adalas sumber ilmu sjati dan penyempurna akal manusia
#mengamalkan ilmu yg dpelajari.

Ibnu as-Salah menyebutkn bhawa Sheikh Waqi, pernah brkata:"apabila anda ingin menghafal hadis, hndaklah anda mengamalkan ajarannya."

inilah antara keistimewaan dan kmuliaan manusia. Krna keistimewaan ini juga Allah memberi tugas dan tanggungjawab selaku khalifah-Nya di bumi kpd manusia. Malaikat yg djadikan drpd 'nur' dan jin drpd api, tdak dilantik dkalangn mereka walau se0rang nabi mahupun rasul, sdgkan jika dilihat dr unsur kjadian, manusia djadikan dri tnah dan drpd air mani yg hina. Ttp lantaran dikurniakan akal, mka taraf manusia mel0njak menjadi lbih mulia dan dbri tugas di atas muka bumi ini. Demikianlah nilai akal dan ia amat berharga bg manusia malah mempunyai peranan yg paling utama, yg meletakkan kemuliaan manusia pada taraf paling tinggi. Lantaran itu Allah menjadikan nabi dan rasul drpd kalangan manusia, yg merupakan semulia-mulia makhluk di sisi-Nya... Wallahu'alam.

Thursday, November 26, 2009

Aku merasa pelik

Salam,
p0st kali ni lebih kpd pendapat ak sndri...aku diselubungi dgn perasaan pelik yg teramat sgt sjak kblakangan ini..
Aku berasa KAGUM apabila di hadapan ku terdpt hamba Allah yg beribadat dgn penuh rasa khusyuk, drpd riak mukanya kelihatan brsungguh2 ketika menadah tngn kpd Allah mengharapkn keampunanNya ttp PELIK, selepas itu keluar bersiar2 bersama temannya yg berlainan jantina tanpa rasa malu..
Aku berasa KAGUM apabila memerhatikan hamba Allah itu sangat marah apabila melihat kemungkaran berlaku di dpn mata ttp PELIK, bila akhirnya dia juga melakukn kemungkaran2 dgn tdk ada sekelumit pun rasa sesal dlm jiwanya seolah2 perkara2 ini halal bg nya..
Aku KAGUM melihat pemuda-pemudi islam bertungkus-lumus menghafal Al-Quran yg mulia kerana pada hematku ibadah ini dilakukn atas dasar ikhlas krana Allah, ttp PELIK, rupa2nya ada segelintir yg menghafal al-Quran ini kerana untuk mengejar kemewahan duniawi, ingin dpandang tinggi, ingin menawan hati para gadis/pemuda yg maj0ritinya menginginkan pasangan yg terdiri drpd kalangn hufaz al-Quran. Sungguh ku x sangka...
Aku kagum menyaksikan se0rang muslim/muslimah sentiasa berpuasa sunat malahan mengajak 'teman'nya ikut melaksanakan ibadah2 yg ku kira mendapat ganjaran yg tnggi dr Allah, ttp PELIK, ketika bersama2 mencari p0rt untk berbuka, si gadis/pemuda tdk segan silu berpegangan tangan dan berpelukan erat tanpa menghiraukan kata2 umpatan org disekelilingnya...
Aku KAGUM melihat para gadis/pemuda bangun pada waktu malam untuk sujud kpada Allah yg maha Agung, mengalirkan air mata ktika berd0a dan merintih kpadaNya, ttp aku PELIK, selepas puas beribadat, didail n0mb0r org yg dicintai dan dikasihi berjam2 lamanya semata2 untuk mendengar suara yg k0n0nnya dirindui, maka lupuslah rasa kerinduan kpd Ilahi...
Malah kni aku merasa amat KAGUM dgn dri ku yg menuntut di universiti terkemuka dlm dunia islam, universiti yg mementingkan keseimbangan bekalan dunia dan akhirat, ttp PELIKnya aku tidak mampu menghalang, menegur perkara2 mungkar yg berlaku di hadapan ku setiap hari...aku hanya mampu menjadi pemerhati...aku hanya mampu menundukkan kepala ku drpd trus melihat kejadian di hdpn ku...tdak ku sangka iman ku senipis kulit bwang...AMPUNI DIRIKU OH TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN...

The zikr

3 niat yg sepatutnya ditanamkan dlm dri penuntut ilmu

1. YA ALLAH, aku belajar ini semata2 krm mencari keredhaan-MU

2. aku belajar ini untk menghilangkn kejahilan diriku dan agar ilmu ini b0leh ku ajarkn kpd org lain

3. Aku belajar ini untuk memartabatkan agama-MU di mata dunia

~selain niat2 ini, bnyk niat lain yg b0le dtmbah. Pelbagaikanlah niat, kerna setiap amalan itu bergantung kpd niat. HAYATI niat2 kta, jgn sekadar mind-setting shj....

Wednesday, November 25, 2009

Erti bersahabat..

Salam,
dlm dunia ini
kita tdak pnya ssiapa kecuali dri sndri
ttp dlm kta brsndiri
kta bruntung krn m'punyai s'0rg shbt yg mmahami kta
sebagaimana kita m'harapkn kejujuran dn keikhlasan s'0rg shbt,
begitu juga dia...
Ttp kta sring t'lupa akn hal itu
kta cuma mengambil kira ttg harapan dn perasaan kta
kta rsa dikhianati bla dia tdk menepati janjinya
kta tdk memberi peluang utk dia menerangkn keadaannya
kta trlupa kta jg prnah m'biarkn dia t'nanti2 krn kta jg ad jnji yg tdk dtpati
kta bri bribu alasan, memaksa dia menerima alasn kta
waktu itu, trfkirkh kta ttg prasaannya?
Seperti kta, dia jg thu rsa kecewa...ttp kta sering tlupa.
Untungnya mempunyai se0rg kwn yg sntiasa dcc kta pd waktu kta memerlukan dia
dia mendngar luahan perasaan kta, sgla rasa kecewa dan ktakutan, harapan dn impian kta luahkn. Dia memberi jln sbgai penyelesaian masalah kta.
Selalunya kta tlalu asyik b'crita ttg dri kta
hngga kdg2 t'lupa kwn kta jg ad crita yg ingin dik0ngsi b'sma kta.
Pernahkan kta mmbri dia pluang utk menceritakn ttg rasa bmbangnya, tkutnya?
Pernahkah kta menenangkan dia sbagaimana dia prnah menyabarkan kta?
Ikhlaskah kta mendngar ttg kejayaan dan crita gmbiranya?
Mampukah kta menjadi sumber kkuatannya seperti mana dia meniupkan semangat tatkala kita merasa kcewa dn mnyerah klah.?
Dapatkah kta myakinkan dia bhw kta b0leh dpercyai, kta b0leh djadikan tmpat untk bersandar bla terasa lemah, agar tdk rebah?
B0lehkah kta menjadi bahu untk dia sndarkan harapan?
Sesekali jadilah kwn yg mendngar dri hnya brcerita
ambil lah masa utk memahami hati dan perasaan kwn, krn dia jg se0rang manusia;dia jg ad rasa tkut, ad rasa bimbang, sedih dan kcewa.
Dia jg ad kelemahan dn dia perlukan kwn sbgai kkuatan
jadilah kita kwnnya itu, kta selalu melihat dia ktawa, ttp mungkin sbnarnya dia tdak stabah yg kta sngka
disebalik senyumannya itu mungkin bnyk cerita sdih yg ingin diluahkan
disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu ktakutan
kta tdak tahu...tetapi jika kta cuba menjadi shbt sperti dia, mungkin kta akn thu.
Sedar dan bngunlah, adakah kta bnar2 brsahabat?
BERSAHABATLAH SEPERTI RASULULLAH SAW DAN ABU BAKAR!

Hari ini...

Salam
t0day i feel a lil bit depress...y? I even d0nt n0e y...mayb bc0z i bc0me tired of everything...i bec0me tired t0 live in this w0rld...n0 no no...i just feel tht inside me is empty...i feel like h0pe is g0ne, and i'm weak...yesterday i t0ld everything t0 my dear friend...i cant keep all these messy things myself...
T0m0rr0w until 5.12.2009 will be h0lidays..h0liday? Ha3 n0t a h0liday act..."u must stdy well"...

Tuesday, November 24, 2009

"ALLAH KN0WS"

He always kn0w what's the best f0r my life
He always kn0w what i need eventh0ugh He didn't give what i wanted
Bec0z i kn0w n0t everything i like is g0od, and n0t i l0athe is bad
Sure He d0es kn0w everything and....
Alhamdulillah, he destinied me a path that carries out a hidden meaning bey0nd...
And i will always seek f0r the best fr0m Him
And ask f0r sm0othness and calmness in my life...
SYUKRAN YA ALLAH...

Tampung kekurangan

Sabda Rasullulah saw kpd Mu'adz, "wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:
~jagalah lisan mu supaya tdak trjatuh di dlm ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
~bacalah al-quran
~tanggunglah d0sa mu sndiri dan jangan engkau tanggung d0samu kepada org lain.
~jangan engkau mensucikan dirimu dgn mencela org lain.
~jangan engkau tnggikan dirimu di atas mereka.
~jangan engkau masukkn amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
~jangan engkau meny0mb0ngkan diri pada kedudukanmu supaya org tkut kepada perangaimu yg tdak baik.
~jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dkat mu ada org lain.
~jangan engkau merasa tnggi dan mulia daripada org lain.
~jangan engkau sakitkan hati org dgn ucapan2 mu.

Sunday, November 22, 2009

Damba kasih

Semakin jauh ku dari Mu,
semakin dkat pula Kau menghampiriku,
0h Tuhan yg Maha Pengasih,
siapalah diriku dipandanganMu....
Semakin cuba ku dkati,
semakin kuat Kau mendugaku,
oh Tuhan yg Maha Sempurna,
kerdilnya diriku di hadapanMu....
Bagaimana nantinya tika bhadapan dgnMu,
sudikah Kau menerima hamba Mu yg hina ini?
Ya Allah Kau maha Pengampun....
Dibayangan mentari aku kealpaan,
dusta dunia penuh kepura-puraan,
dikala dinihari aku kepasrahan,
damba jernih embun kasih syg Mu oh Tuhan....
Andai dihitung amalanku,
belum pasti aku dpt menghampiri gerbang syurgaMu,
oh Tuhan yg maha Pemurah,
hindari diriku dari seksaMu oh Tuhan,
kasih sygMu Tuhan itu yg ku dambakan,
rahmatMu ampunilah diriku....

Friday, November 20, 2009

harry potter??

Harry Potter, satu novel yang terkenal dan kemudiannya ditransferkan kepada bentuk movie magis fiksyen sehingga tujuh siri ( Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang kemudiannya diubah kepada Harry Potter and The Sorcerer’s Stone : Harry Potter dengan Batu Hikmat, Harry Potter and The Chamber of Secrets : Harry Potter dan Bilik Rahsia, Harry Potter and The Prisoner of Azakaban : Harry Potter dengan Banduan Azkaban, Harry Potter and The Goblet of Fire : Harry Potter dalam Piala Api, Harry Potter and The Order of Pheonix : Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Harry Potter and The Half-Blood Prince : Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dan Harry Potter and The Deathly Hallows : Harry Potter dengan Azimat Maut ).

Cerita yang dibintangi oleh tiga remaja iaitu Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter, Rupert Grint sebagai Ron Weasley dan Emma Watson sebagai Hermione Granger ini yang turut digelar " The Handbook of Occult " sebenarnya cuba membawa suatu mesej dan agenda tersendiri yang sememangnya di dalam perancangan pihak-pihak tertentu. Kita adakalanya terlepas pandang di dalam menilai suatu cerita disebabkan pelakon remaja belasan tahun yang mendominasi movie ini. Bagi mereka yang lemah akidahnya khususnya dikalangan yang kurang ilmu pengetahuan menjadi mangsa kepada sihir Harry Potter apatah lagi dikalangan kanak-kanak.

Cerita Harry Potter atau lebih tepat lagi sebuah cerita yang bermanhajkan Handbook of Magic and Occult (lihat di sini ) dan konsep ini diadaptasikan di dalam sistem pembelajaran di Sekolah Hogwards. Hal ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ritual pemanggilan Dewi Iblis Lilith, isteri kepada Lucifer dan Ibu Baphomet (watak-watak di dalam buku ritual) yang mempunyai simbol dan karakter yang tertentu. Jika diamati kesemua novel dan cerita-cerita Harry Potter secara berulang-ulang maka kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah sekadar novel yang biasa seperti novel-novel lain. Hal ini boleh dilihat apabila para pendidik di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara termasuk paderi-paderi di gereja melarang anak-anak murid mereka menonton dan membaca cerita Harry Potter ini. Jika non-Muslim lebih awal menyedari akan ‘kegelapan’ yang cuba menyelubungi penggemar cerita ini maka sepatutnya seorang Muslim lebih bersikap berwaspada.

Maret 2000, Carol Rookwood, Guru Besar Sekolah Gereja St Mary's Island di Catham, England, telah mendapat maklumat bahawa rakan-rakannya di Amerika telah melarang seluruh murid mereka dari membaca semua novel Harry Potter dan ketika itu filem Harry Potter yang pertama masih belum diterbitkan ( lihat di sini ). Menurutnya : “Semua novel yang dikarang perempuan penulis dari Edinburg itu bertentangan dengan apa yang diajarkan al-Kitab. sedangkan tukang sihir, syaitan, dan iblis semuanya jahat. Tidak ada sihir yang baik!”. (BBC, “School Bans Harry Potter”, 29/3/2000). Sikap Rookwood ini bagaimanapun dikecam hebat di dalam The National Secular Society. Ketua “Persatuan Sekular British”, Keith Porteous Wood menyatakan, “Selama berabad-abad, imaginasi anak-anak telah subur bersama kisah-kisah dongeng tentang tukang sihir dan pari-pari. Sikap melarang membaca buku yang sangat popular itu akan sangat merugikan (anak-anak).” Mengenai isu ini, JK. Rowling memberi respond, “Saya tidak terlalu merisaukan kontroversi yang ada mengenai buku saya. Saya hanya menulis sesuatu hal yang sudah ada berabad lalu, pertempuran antara kekuatan kebaikan melawan kekuatan jahat. Pertempuran antara Tuhan dan Syaitan.”

Melihat kepada kondisi masyarakat di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidaklah peka seperti mana di negara-negara Eropah di dalam melihat isu ini sebagai suatu perkara yang besar dan bahaya jika tidak dibendung dengan awal. Samada disebabkan menganggap ianya sebagai suatu perkara yang tidak dapat memberi apa-apa permasalahan kepada akidah umat atau kerana kekurang pengetahuan terhadap simbol-simbol ritual satanic dan mungkin disebabkan adanya pengelibatan ‘tangan-tangan gelap’ yang sentiasa memastikan proses penyebaran mesej tertentu yang dikosmestikkan dengan cerita ahli sihir ini berlaku dengan lancar dan sempurna.

Di Sebalik Nama JK. Rowling

Sebelum diperbahaskan mengenai ‘cerita belakang pentas’ ini, terlebih dahulu kita mengenali pengarang novel Harry Potter ini iaitu JK. Rowling. Nama asalnya Joanne Rowling ( tanpa diletakkan huruf ‘K’ di tengahnya). Di dalam menerbitkan novel ini, penerbitnya menyarankan agar ditambahkan huruf depan dan disingkat agar kelihatan seolah-olah pengarang ini adalah seorang lelaki. Mereka beranggapan nama perempuan tidak dapat menjamin kepada pemasaran buku itu apatah lagi karya itu sangat berkualiti. Akhinya Rowling memilih nama ‘Kathleen’ sebagai nama yang ditambah di tengah-tengah namanya. Hanya di dalam novel sahaja nama Kathleen diakui namun ianya tidak diakui oleh kerajaan negaranya.

Rowling dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Peter dan Ann yang keduanya mantan tentera Angkatan Laut Britain pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, 12 mil timur laut Bristol, England. Adiknya, Diana lahir ketika Rowling berusia 1 tahun 11 bulan. Sejak kecil Rowling telah didedahkan dengan suasana membaca bahkan beliau telah menulis satu cerita pendek ketika berusia 5 tahun yang bertajuk ‘Rabbit’. Dari Chipping Sodburry, keluarganya pindah ke daerah Winterbourne ketika Rowling berusia 4 tahun. Di tempat yang baru ini, Rowling punya jiran yang bernama Potter dan mereka bersekolah di Sekolah Dasar St. Michael. Pada usia 9 tahun, keluarganya sekali lagi berpindah ke Tutshill, South Wales. Rowling memasuki Sekolah Menengah Wyedean Comprehensive. Setelah lulus dari Wydean, Rowling ingin melanjutkan ke Oxford University namun gagal. Beliau kemudiannya masuk ke Universiti Exeter di England dan mengambil Jurusan Bahasa Perancis selama empat tahun, termasuk mengajar bahasa Inggeris di Paris selama setahun iaitu pada tahun akhir perkuliahan. Tahun 1990 Rowling lulus dan kembali ke England.

Menurut beberapa artikel kisah hidupnya, idea awal dan bab-bab pertama tentang novel Harry Potter muncul begitu saja ketika Rowling tengah berada di dalam kereta api dari Machester menuju London yang ketika itu dia masih gadis di tahun 1990. Karena tidak membawa alat tulis, Rowling menyimpan idea mengenai seorang anak lelaki berkaca mata bulat tersebut di dalam otaknya. Perkataan-perkataan awal novel Harry Potter ditulisnya di dalam flat di Manchester namun baru diselesaikan selepas beberapa tahun kemudian iaitu ketika dia telah berpisah dengan suami pertamanya yang seorang wartawan Portugal dan membawa seorang anak perempuan yang masih sangat kecil bernama Jessica. Bersama Jessica, Rowling menjadi Single-Parent dan menumpang hidup di rumah adiknya, Diana, di Edinburg, Scotland. Di Edinburg-lah Rowling menyelesaikan novel Harry Potter pertamanya. Novel itu diberi judul “Harry Poter and The Philosopher’s Stone”, yang diselesaikan dengan sebuah mesin taip usang pada tahun 1995. Namun begitu, persembahan pertamanya kurang menarik sehinggakan ditolak oleh 12 penerbit, namun hanya seorang sahaja yang menerima iaitu Bloomsbury yang bersetuju untuk menerbitkannya. Novel ini kemudiannya meletup di England tahun 1997 dan di Amerika yang diubah judulnya kepada “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone” setahun kemudian.

Melihat kepada novel Harry Potter yang begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang, dan ritual okultisme purba seperti Black-Cat, Owl, Jubah Hitam, ‘Minerva’ Mc Goganall, Bolt of Lightning, Ular, Penyapu Terbang, Quidditch, Mirror of Erised, Nicholas Flamel, Unicorn, Sorcere Stone dan pelbagai lagi yang disusun dengan begitu cermat dalam kisah dan pengalaman yang dialami Harry Potter pada masa awal bersekolah di Hogwarts, sukar untuk membayangkan hal itu mampu dihasilkan dari seorang ibu rumah tangga biasa yang selama ini disematkan pada diri JK. Rowling. Sudah tidak asing lagi jika sebuah novel sering berlatar belakang kehidupan penulisnya. Misal, John Grisham yang seorang lawyer dikenal sebagai penulis novel-novel ber-setting peristiwa hukum (The Firm ), Mario Puzo yang penuh pengalaman dan konflik selama Perang Dunia II dikenal sebagai penulis kisah-kisah mafia (The Godfather), Michael Chrichton yang ahli medik dan ahli biologi dikenal sebagai penulis novel-novel bersetting yang sama (A Case of Need, Five Patients), dan sebagainya.

Dan seorang JK. Rowling yang mampu menulis tujuh novel sangat tebal, yang penuh dengan ritual dan benda sihir, okultisme, simbol-simbol paganis seperti Celtics, Druids, bahkan Kabbalah ( lihat di sini ), yang dikaitkan sedemikian rupa dengan rapi dan kemas, bahkan tujuh siri novelnya ini disebut “The Handbook of Magic” atau “The Handbook of Occult” adalah karena secara terperinci memaparkan segala kaedah peritualan pelbagai sihir, termasuk mantera-manteranya maka tentulah seseorang yang menguasai apa yang ditulisnya, adalah yang paling banyak tahu tentang hal tersebut. Dari mana JK. Rowling menguasai selok-belok sihir tersebut? Jawabannya hanyalah dua, iaitu samada disebabkan dua latar belakang kehidupanya. Pertama, kota Edinburg tempat dimana dia tinggal, dan kedua, Universitas Exeter tempat dia menimba ilmu. Kedua tempat itu memang dikenal dekat dengan ilmu sihir, di mana Kabbalah, ritual Osirian Mesir Kuno menjadi sumber utamanya.(bersambung...)

Friday, November 13, 2009

Suara hati

Salam..
Malam td agak sukar untk tdur. Kenapa ea? Aku pun x tau. Terjaga dlm pukul 10 malam waktu mesir...dlm keadaan aku brselubung d dlm sarat0ga..aku terfikir ttg bnyk prkra. Lumrah hdup manusia ingn dicintai dan mencintai. Tp x ramai yg ikhlas dlm mencintai...tp mengmpikan diri supaya dcintai spenuh hati oleh kekasih nya....adil kah begitu?
Disebabkn itu aku sntiasa mengasihi si dia tanpa berbelah bg...walau apa pun yg trjdi, diri ku tetap mencintai nya shngga akhir hayat ku...biarkan aku menjaga perasaan ini..kerana aku ingin skali menjadi hamba yg bersyukur. Maha agung tuhan yg menciptakan hanya CINTA, keBENCIan hanyalah CINTA yang kau luka kn hatinya....

Tuesday, November 10, 2009

Sabar lah...

Di kala kau brasa kesdihan yg amat..pada ktika ini kau kehilangan kkuatan untk meneruskn khdupan mu d muka bmi ini..mengadulah kpada tuhan mu yang maha mendngar...mengapa tdak? Bukan kah Dia yg maha mengetahui segala2nya? Bukan kah kau sbgai hamba menjadi lumrah untuk meminta2 kpd tuhan mu yg menciptakn mu? Maka mengapa kau perlu tnggikan eg0 mu terhadap pemilik mu yg maha agung? Mengadulah...mengadulah whai tman kpd tuhan mu yang maha pengasih lg pnyayang. Sm0ga Allah mendengar suara hati mu yg kehausan kasih syg driNya.