Friday, April 24, 2009

perkara semalam...

assalamualaikum....

smalam ana pergi melaka. jlan2 keliling kota melaka...dah x de tempat lain nk g so situ je la tempat nye. ana pergi dngan kawan ana yang cukup baik...nadz...hehehe. kitorang g pusat video game n main mcam2 game, basketball la, Daytona USA, sega rally, street fighter..hehehehe
game lumba moto...best la gi. lg pun pergi 2 orang je. so x de la leceh sangT..pesanan ana kalau nak gi jalan2 x yah g ramai2..leceh baik g 2@3 orang dah ckup...sebab nanti sorang nk g sana, sorang nk g sini, kang bile dh bwk haluan sendiri nk jumpe balik bukan men payah nk nk yang x tepati mase dan ketika. huhu...ni pengalaman ana sendiri. jangan sesekali pakai tumit tinggi haha merana la kaki tu...nk nk kalau nk gi jalan2 dlm mase yng lame. yela x sempat round melake ni dh sakit kaki la, melecet la, lenguh la, huhu macam2 hal.bagi ana yng agak aktif nh agah menyusahkan kalau berjalan dengan manusia yang jenis macam ni.


lepas tu kitorang g makan kt The Chicken Rice Shop..nilai makanan kali ni rm45.00 hehe..mahal? xpe kerana maj anjang ana belanja...best la. so kawan2 kalau nk kuar ajak la ana..dont worry ana mesti g nye. tp kene bg tau awal la...bru leh minx persetujuan parent. itu penting.sebagai orang permpuan kita wajib bgtau parent kita mane2 sahaje kita pergi. supaya kita sentiasa di bwah pengawasan mereka.yela jage anak gadis lebih susah beb dari jage sekandang lembu...


so lpas enjoy dalam 2-3 jam.tepat pukul 4.30 ptg kami pun balik la.x kan nk stay sampai malam kot...gile? dah la perempuan..nanti ape lak orang kate...ingat jangan bg parent kita susah hati..malu dengan perangai kita yang x senonoh tu...


sampai umah je..penat gile..trs gi mandi. pehh kesegaran jelas terasa...hmmm..dah kol 8 pm. its time to study...ayah kate study tu x semestinye yg ade dlam silibus pelajaran. study tu merangkumi sume. so ana pun amik la buku campbell(budak matrik mesti tau buku ni) n mate trus membaca, dn membaca. sambil tu ana trus 'berzikir'..hahaha...then tpat kol 10 pm..g tngok citer Keliwon-anak belaan- hehehe...seram gk citer ni....macam2 perkara berlaku smalam. baik dan buruk...sume ae hikmah nye yang trsendri kan. ok.sampai sini dulu coretan ana.huhu. tke cre kawan2!

aduhai.....boring btol duk umah ni ek....

hmmm....bru teringt kt blog aku ni.....tibe2 teringt kat kawan2 yang dah lme x contact. kawan skola renah @menengH...skang nih aku duk sorang2 kt umah....best gk tp sunyi je....lepas ni nk apply u lg...scholarship lg...hmm.. bnyak keje la. x pe gi cri keje dulu..bru pikir nk wat cmne lepas nih..huhu...

Wednesday, April 22, 2009

aku..langkah satu tapak..

hmm...dalam diam umur aku dah 19 tahun....x sangka...rase macam smalam bru masuk kelas darjah satu..huhu.....akhirnye aku berjaya tamatkn pengajian kt matrik nih-kmj(johor). ha lepas nih bnyk la keje nk wat..sambung amik lesen yang tertangguh coz masuk plkn(ayer keroh), cri keje, enjoy ngan kawan2, n ntah pape lg dah.

hmmmm.......

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.



Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..