Sunday, August 28, 2011

Allahyarham Fatin Fasihah binti Hanafi

salam,
arwah fatin kawan sepermainan aku ketika aku kecil
arwah kawan yang sangat menghormati orang lain..
arwah sungguh, sungguh, sungguh anak yang solehah
arwah kawan aku yang pertama aku kenal secara rapat
fatin seorang yang sangat baik
sangat sopan santun
alim, solehah
datangnya dari keluarga yang baik-baik
aku kenal pakcik hanafi
aku kenal makcik zaleha
aku kenal adiknya muaz ...

fatin, maafkan aku...aku lalai..aku leka...
saat aku mendengar berita tentang ada akhawat melaka sedang koma....aku x sangka itu kau...
aku ingat orang lain yang sakit....aku ambil kisah x kisah...
aku antara rasa simpati tak simpati...aku rasa sedih x sedih......
aku baca yaasin sekadarnya....aku x turun ke surau untuk mberi penghormatan kepada kau buat kali terakhir!!! maafkan aku fatin, maafkanlah aku....

fatin, aku rindu kenangan kita bersama..
waktu kita kecil-kecil dulu, ayah mu, pakcik Hanafi tiap-tiap hari menjemput aku di rumah untuk ke PASTI.....
kita belajar sama-sama, kita bermain sama-sama.....
walaupun sekejap fatin, kau antara nama yang x pernah hilang dalam fikiran aku....
kita terpisah ketika aku naik darjah 2 n terpaksa berpindah sekolah sebab aku berpindah ke jasin, kau tetap di tampin....
namun begitu, tiap-tiap raya mesti kami sekeluarga akan berziarah pakcik Hanafi sekeluarga....
lepastu kita sama-sama sampai ke mesir, kau yang tegur aku ketika di PSMB PERUBATAN  di universiti ain syams....kau ingat aku lg....aku gembira sangat waktu tu...
kali terakhir kita bertemu ketika di melaka waktu balik dari 'saurah'@ops piramid. kita bertemu di yayasan melaka....sekali lagi kau yang menyapa aku....ah, aku malu dengan diri aku sendiri. aku kagum dengan nilai persahabatan yang kau tunjukkan kepada aku....itu kalu terakhir aku bertegur sapa dengan kau....kali terakhir aku dengar suara kau ketika aku beri kau maklumat berkenaan pasport dan tiket balik ke mesir selepas ops piramid.....selepas tu kau dan aku menyepi....sehinggalah perkara yang mengejutkan ini terjadi...

kepada pakcik Hanafi dan Makcik Zaleha, maafkan wani sebab tidak menziarahi pakcik dan makcik ketika pakcin &makcik berada di mesir...maafkan wani....

aku harap kita kekal begitu selama-lamanya....hubungan persahabatan kita xkan putus...sampai bila-bila.

ya Allah maafkan aku kerana aku lalai mengambil tahu tentang sahabat yang selama ini memberikan kasih sayang kepada aku tanpa rasa kekok pun....tempatkan lah fatin fasihah binti hanafi dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah ya Allah.....

No comments: