Friday, April 23, 2010

KISAH di ARMA??

salam....
apabila kita mengetahui seorang dalam kesusahan. JANGAN kita memberatkan lg insan itu dengan memaksa2nya.....sebaliknya kita harus memahami kondisinya yang tersepit, ttp yg bnyak aku temui, rata2 org yg aku kenali sukar untuk membaca isi hati rakannya itu....tidak menjaga perasaan sahabatnya, tidak memahami kesusahan hidup sahabatnya,,,,seolah2 dia beranggapan semua mahasiswa di mesir ini seorang yg berkemampuan untuk segala2 nya....mujurlah Allah memberikan bantuan dalam bentuk dihadirkanNya seorang insan yg memahami kondisi dirinya, yg tidak memaksa2, yg bermurah hati, yg memahami isi hati insan yg berada dlm kesusahan ini.......
semalam aku menghadiri satu taklimat dari JPMK tentang peraturan baru arma yang aku kira ramai kot org x puas hati...hmmm kenapa ya?
bila ku teliti hati ak sangt tersentuh dgn kenyataan yg dikeluarkan oleh pegawai tersbut ketika menjawab soalan soalan kak akmal(maaf jika tersilap ejaan)....soalan berbunyi
" apakah bantuan yg boleh diberikan oleh pihak JPMK kepada pelajar2 yg susah, sehingga ada kes di mana pelajar pengsan akibat tiada wang untuk membeli makanan? "
apa yg dijawab oleh pegawai tersebut amat menyedihkan....."TIADA bantuan2 yg diberi kepada pelajar2 berkenaan melainkan tabung2 kecemasan yg disediakan poleh pihak arma untuk urusan kematian, tetep kami cuma boleh memaklumkan sahaja tentang tawaran2 biasiswa, zakat dan sebagainya"
hmmmm..........
sangat la kurang prihatin dgn kebajikan pelajar....malahan pegawai berkenaan berkata;

pegawai: baiklah, saya mau tanya, kamu datang mesir sebab ape?
penghuni arma: (dalam hati, berbisik2) mesti la sebb blaja, sebb dpt tawaran blaja kesini dsb....
pegawai: mesti sebb kamu semua MAMPU kan? jadi mengapa perlu sampai x makan...saya paham ade pelajar yg family mereka sanggup bergolok gadai untuk sntar ank2 dtg blaja dkt mesir. kalau x mampu buat ape datang blaja dkt mesir? blaja je dkt malaysia yg keadaannya lebih baik dan bermutu.

haa...tula jawapan pegawai 2...ak rasa pegawai ni x paham budak2 yg dtg ni bukan semua yg dapat tajaan yayasan negeri, JPA, MARA, dsb....ramai juga yg datang dari keluarga yg sederhana dan susah ttp sanggup kerah tulang 4 kerat nk bg ank blaja dkt mesir(FAMA)...kalaula semua mmpu x de la timbul soal pengsan x makn.

mcm x matang...setaqhu aku pegawai ni lulusan JORDAN. waqi' jordan n mesir x sama la cik. kalau JPMK x bg kebajikan kpd student2 dkt mesir ni, kami nk mngadu kpd siapa lg? tolong la jgn berfikiran sempit,,,,kesian la kt budak2 yg sampai pengsan x makn tu.....
(will be updated soon)

Sunday, April 18, 2010

AIB...

Ape ade pada aib? mcm2 ada. Islam menggalakkan kita menjaga aib sesama muslim. bila kita menjaganya, Allah janji akan menjaga aib kita pulak.

tp, aib yg perlu dijaga bukan kerja senang. aku sbg manusia, ringan je mulut nk cerita aib org. tp xnk org cerita aib aku. falsafah mana aku pakai???

apa2 pon, aib adalah amanah utk kita jaga. kerja susah.. oh.. kalo xnk org cerita aib kita, jgn buat benda yg boleh mendorong ke citu.. bantu org lain jaga mata, hati & pahala mereka.. bukan ckp utk org lain, tp utk aku. kdg2 bila berfikir menggunakan hawa nafsu, tanggung la aib yg mendatang.. astaghfirullah..

benda yg paling susah - memegang amanah.. akan dihitungkan di akhirat. byknya dosa saya!!!!!!!

Friday, April 16, 2010

SEBENTUK CINCIN....

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

dipetik dari blog seorang sahabat maya, (jazakillahu khairan jazak ya ukhti =) )

p/s: kadang-kadang,cincin bisa jadi penyelamat..penyelamat hati (^_^)

KISAH LIMA PERKARA ANEH.....

Kisah Lima Perkara Aneh

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Allah itu ada

Sebuah cerita yang saya coretkan semoga dapat menjadi iktibar dan menembah ilmu kita bersama.

Satu hari di sebuah sekolah rendah,seorang guru yang tidak beragama(ateis) telah masuk ke kelas untuk mengajar dan sebelum cikgu itu mengajar,dia memulakan set induksinya..Rupa-rupanya guru ini mahu menyebarkan dakyah ketidakpercayaannya kepada tuhan.
Cikgu memulakan bicara dengan memegang dan menunjuk sebatang pen kepada murid-muridnya, "sekarang,cuba kamu tengok pen ni,ada ke tak???"

Lalu dengan mudah murid menjawab,"ada cikgu..."
Cikgu pun lalu memindahkan posisi pen tadi ke belakang badannya supaya tidak dapat dilihat oleh murid-muridnya.
"Haa...sekarang kamu nampak tak??"

"Tak nampak cikgu.."

Lalu cikgu membuat kesimpulan dengan rasa puas sambil berkata,
"jadi,perkara yang kita boleh nampak itu ada dan perkara yang tidak boleh kita nampak itu tiada.."
Murid-murid berasa sangsi tetapi tidak tahu mahu berkata apa.

Seorang murid yang duduk bersebelahan dengan budak yang suka tidur dalam kelas telah mengejutnya dan memberitahu tentang gurunya itu.Lalu budak itu mencari jalan bagaimana untuk mengenakan gurunya yang menyampaikan dakyah itu.
Budak itu lalu berdiri sambil berkata,

"cikgu,kami tak nampak pun otak cikgu................ woi kengkawan,cikgu takde otak!!!!"
Lalu,seluruh kelas mentertawakan gurunya itu, "Ha..Ha..cikgu takde otak.

Di akhir kelas cikgu pun keluar seperti biasa tetapi dalam keadaan yang amat malu.

Pada masa yang lain pula,tiba lagi waktu untuk guru tadi masuk ke kelas.Kali ini guru itu menggunakan taktik lain dengan membawa makanan iaitu kuih karipap dan air.

Cikgu pun mengagihkan makanan kepada murid dan mereka semua gembira.
Cikdu pun berkata sambil menunjukkkan kuih karipapnya,
"cuba tengok ni,ada tak??"
Murid menjawab, "ada cikgu.."
"Baik,sekarang cikgu makan..(makansehingga habis)...sekarang ada tak"
"takde cikgu.."

"Haa..perkara yang kita boleh lihat,rasa dan pegang itu ada dan perkara yang kita tak boleh lihat rasa dan pegang itu tiada.."

Seperti biasa,murid berasa sangsi.

Seorang murid mengadu kepada sahabat yang menjawab dengan berani dahulu, "woi,cuba ko tengok cikgu tu cakap apa,camne ni??"

Lantas budak yang berani itu berkata, "cikgu,nak air.."

Cikgu dengan rasa puas hati kerana tiada sebarang tanda-tanda untuk mengenakannya pada budak itu lantas memberi air.

"Cikgu,tak manis air ni."
Si cikgu yang kebetulan membawa gula,memasukkannya dalam minuman budak itu.

"Cikgu,tak manis lagi.."
Si cikgu memasukkannya lagi dan murid itu masih merasa tidak manis minumannya.Lantas cikgu memasukkanya lagi gula itu.

"Cikgu,cuba rasa air saya ni,manis tak??"

Cikgu mengambil minuman dan merasa, "uiih..memang manis.."

Murid pun berkata, "cikgu,cuba cikgu tunjuk mana manis air tu??"
Cikgu lantas merasa malu sendirian dengan pertanyaan murid itu kerana kalau dia menunjuk pada air itu,sudah tentu dia menunjuk air,bukan menunjuk manis.

"Cikgu,cikgu tak payah la nak buat-buat cerita ni lagi.Kami yakin dan percaya bahawa Allah itu ada dan tak de kami ragu lagi.."

Semoga jadi iktibar....

Saturday, April 10, 2010

ayah,
Kau yang sempat kulupakan
yang sempat terabaikan
Tak pernah ku memikirkanmu
Bukan maksud hati mengutamakan mama
Memang mama telah mengandungku,
telah menimangku hingga aku besar
Namun tetap engkau yang berjasa seperti Ibu.
Tiada engkau aku tidak bersekolah
adik pun tak bisa beli mainan
Oh, Ayah jasamu sungguh besar
sama seperti mama yang telah mengasihiku
Satu kata sekali lagi terima kasih ayah
tetaplah semangat bekerja,
ku menyayangimu.
mama,
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun diwaktu pagi ,siang , dan malam
adalah wanita yang penuh perhatian, dikala.
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
dan bila aku kesepian
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku.
jasamu tiada terbalas
jasamu tada terbeli
jasamu tiada akhir
dan jasamu terlukis indah didalam surga
mama......ayah.....
hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu
hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu..

semoga ayah membacanya.......

AYAH

Sedalam laut, seluas langit
cinta selalu tak bisa diukur
begitulah ayah mengurai waktu
meneteskan keringat dan rindunya
untukku
Ayah pergi sangat pagi
kadang sampai pagi lagi
tapi saat pulang
ia tak lupa menjinjing pelangi
lalu dengan sabar
menguraikan warnanya
satu persatu padaku
dengan mata berbinar
Waktu memang tak akrab
denganku dan ayah
tapi di dalam buku gambarku
tak pernah ada duka atau badai
hanya sederet sketsa
tentang aku, ayah dan tawa
yang selalu bersama

ku harap mama membacanya.......

Seminggu terakhir ini, saya ingin sekali punya mama… iya betul saya memiliki banyak mama di bumi ALLAH ini tapi saya inginkan satu yaitu mama yang melahirkan saya, yang sembilan bulan saya berada dirahimnya, yang menjadi bagian dari darah dagingnya yang kemudian dengan berpeluh keringat dan mempertaruhkan nyawa mama berusaha menghadirkan saya di bumi ini, ah saya ingin punya mama :(
Saya ingin ada mama di setiap kehadiran saya, yang akan memilihkan jilbab tercantik yang akan saya kenakan hari ini, yang akan bercerita tentang sahabat sahabat saya, yang akan duduk di samping saya saat saya gelisah dan meminjamkan pangkuan lembutnya untuk  saya letakkan kepala saya, yang akan ikut saya ke pengajian atau ke kedai baju muslimah dan ikut memilihkan saya baju kurung kesayangan saya dan disana akan saya cari jawapan ketika saya bertanya “mama, baju ini  sedondon x dengan tudung yang dirumah?” dan saya membayangkan senyum manisnya mama sebagai jawaban ‘iya” atas pertanyaan saya :)  
mama tempat saya berceloteh indah, yang pasti tak akan pernah bosan mendengar setiap kata-kata saya, yang pasti memiliki semua jawapan atas pertanyaan saya …
Seminggu ini saya ingin sekali punya mama, yang dengan kelembutannya mampu menghilangkan segala gelisah, yang kehadirannya sangat saya inginkan, yang hangat pelukannya akan meluluhkan segala ketakutan saya dan sapuan lembutnya mampu menghapus airmata saya ketika mendung menggelayuti langit … bahkan ketika saya bertanya soal cinta pasti mama memiliki jawapan :( ah saya sangat merindukan senyum manis mama.
mama … adalah kata yang selalu saja saya rindukan, yang kehadirannya menjadi sangat istimewa di jiwa saya, yang tak ada yang mampu menggantikan senyum manisnya, bahkan photo dirumah saya bergambar seorang perempuan yang sangat mirip saya tetap tak mampu menghapus kerinduan saya, dan entah apakah mama mampu mengenali saya jika kita bertemu di syurgaNYA ALLAH nanti, apakah mama tahu bahwa yang datang menemuinya di taman syurgaNYA adalah anak perempuannya.
mama … wani merindukan mama, saat ini dan selalu. Ya ALLAH sampaikan salamku untuk mama di Malaysia, katakan pada mama bahwa aku sangat merindukan kehadirannya saat ini dan katakan bahwa aku ingin ada mama yang menghapus segala resahku :)