Thursday, December 17, 2009

Maal hijrah....

salam...
muharram bermaksud 'dilarang' atau pun 'diharamkan'. iaitu Allah melarang berlakunya peperangan dan pertumpahan darah. Larangan ini tamat selepas pembukaan makkah (al-baqarah-91-). sejak pemansuhan itu umat islam boleh melakukan tugas dan ibadah harian tanpa terikat lg dengn larangan berkenaan.

sayugianya pada hari terakhir bulan zulhijah dan pada 1 muharram dengan membaca:
1. doa akhir tahun sebelum maghrib dan di awal tahun selepas maghrib. ( dlm kehidupan Islam, pergantian tahun ditandai dgn datangnya waktu maghrib bukan terbitnya fajar)
DOA AKHIR TAHUN disunatkan dibaca 7 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah

sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaan ku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

                          Doa Akhir Tahun:






Amalan2 yg disunatkan pada malam tersebut:
1.Qiamullail- solat tahajjud, solat hajat, solat sunat taubat
2. membaca al-quran
3. zikir 

DOA AWAL TAHUN dibaca selepas masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah dimana tahun baru Islam bermula selepas waktu Maghrib

Doa Awal Tahun:



2. selepas solat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul kursi sebanyak 360 kali dimulai dengan Bismillahhirrahmaanirrahim pada setiap kali permulaan bacaan. insyaAllah barangsiapa yang MENGAMALKANNYA, akan diberikan keselamatan dan dipelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki.
dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasullulah s.a.w.bersabda,"seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutam-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam".
                                                                            (sahih muslim)
 barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura yakni 10 muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 orang HAJI dan UMRAH, dan 10000 orang MATI SYAHID, dan siapa yang mengusap kepala ANAK YATiM pada hari Asyura, maka SETIAP HELAI  rambut Allah akan menaikkan satu darjat, dan siapa yang BERSEDEKAH pada hari Asyura adalah seumpama bersedekah setahun. dan barang siapa yang memberi makan berbuka puasa seorang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah2 memberi buka puada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.




Salam  Maal  Hijrah buat semua insan yang mengamalakn hidup seorang Islam.  Marilah kita bermuhasabah diri pasa hari ini, menyerahkan diri kepada Allah.
Kalau kita sendiri tiddak menghargai hari ini, siapakah lagi yang ingin memperingati hari indah ini. Jangan lupa berpuasa dan solat sunat Muharram pada hari ke-10 Muharram.  






 one of the ibadah strongly encouraged on Ashuraa is the fast. However, we're also encouraged to fast on the 9th of Muharram as per thr hadith appended below:

Rasulullah saw bersabda;
"berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi"
-Riwayat Al Baih-

semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan Awal Muharram dengan cara sambutan yang dsilaksanakan oleh para rasul, ambiya', siddiqin, aulia Allah dan orang2 solihin. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yasng lepas dalam konteks kita mendekatkan diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan iaitu allah swt. 




kadang-kadang aku alpa dengan diri aku sendiri.....
terlelau banyak dosa ku pada Allah....
sehingga terasa malu ketika berhadapan denganNya..... 

 

 

No comments: