Saturday, December 26, 2009

duniA mEmAnG KeCiK.....

Dunia ni mmg kecik. Amat kecik. Pusing2 mcm mane pun, kite tetap akan rasa dunia ni kecik. Nak2 lg bile yg kite jumpe tu org yg kite meluat. Entahlah.

Apa yg dimaksudkan dgn meluat tu sbnr nye? Aku pun tak pasti. Cuma yg aku tau. Ianya satu perasaan benci yg amat sgt. Rase nk pukul je kalo boleh. Rasa yg kite terpaksa bermuka2 jd hipokrit bile jumpe. Biasalah, Org Melayu penuh dgn adab sopan dan ciri ketimuran. Tp agaknya kalau aku di bahagian lain di dunia ni, sepastinya penuh mulut aku dgn kata2 berbau busuk yg ingin aku sembur kat org tu. Satu lagi ciri perasaan meluat ni, aku xhingin nk tgk muke org tu. Jgnkan muka, ibu jari kaki pun aku tanak tgk. Satu perasaan amarah tiba2 muncul. Suara semakin meninggi. Perangai semakin kasar. Perengus. Somehow aku bukan lagi aku. Atau mungkin itulah aku yg sebenar?. Itulah bahana kalo dh terjumpe org yg termasuk dlm golongan dimeluati (ade ke term ni? huhu..).

Semakin umur meningkat, semakin bertambah senarai mereka yg termasuk dlm kategori ni. Kenapa aku katakan termasuk? Sbb aku pun tanak ia terjadi, dan aku yakin diorg pun tanak masuk. Segalanya terjadi secara otometik oleh aktuasi dari sebahagian diri aku yang diluar kawalan aku. Sesuatu yang Jurutera Perkakasan dan Kawalan pun tak dpt nak explain.

Berlegar2 dimerata tempat, sekali sekala, kembali tersua dgn golongan2 ini. Sedikit mengganggu. Mcm lalat hijau yg baru shj hinggap di taik lembu, lepas tu singgah dkt nasi lemak yg baru je kite nak beli, dan makcik tu tgh menceduk masuk dlm bungkusan beralas daun pisang. Tak senang kerana kita dah nampak. Dan sepanjang jalan tetap sakit hati. Walau bau wangi daun pisang cuba menutup sekelumit peninggalan lalat tu.

Apa yg cuba disampaikan dgn entry kali ni? Entah, aku pun tak tau. Cuma yg pasti, aku terjumpa org yg aku meluat. Dan aku sakit hati....

No comments: