Sunday, October 23, 2011

monolog3~

temuilah musuhmu dengan muka ceria
seakan-akan begitu segar indah berseri
orang yang paling tenang akan menemui musuhnya
dengan memendam dengki namun berbaju cinta penuh erti
kelembutan adalah anugerah
ucapan yang terbaik adalah kejujuran
kebiasaan gurau berlebihan akan membuka pintu permusuhan


jika tidak sanggup melawan musuhmu maka cuba dekati
mulailah dengan gurau
kerana gurau membuka kedekatan hati
dekatilah
kerana api akan padam oleh air yang meredamnya
api membuat matang
namun wataknya selalu membakar


jika seorang sahabat datang memohon maaf
dengan pengakuan atas kesalahan yang dilakukan
jagalah jangan sampai engkau memarahinya
dan maafkanlah
sesungguhnya pemaaf adalah identitas pribadi sejati

No comments: