Sunday, September 5, 2010

Ramadhan di mesir VS Malaysia...^^

Ramadhan di Malaysia, semakin puasa semakin mudah menemui pelbagai jenis juadah sehingga sebahagian besar siaran TV memuatkan tentang petua dan cara masakan sehingga kepada live ke bazar-bazar seluruh negara dan dokumentari khas berkaitan makanan-makanan yang istimewa. Bazar-bazar itu sudah satu fenomena Ramadhan di Malaysia. Tidak lupa juga dengan lelong kuih di malam raya yang berlarutan sehingga waktu subuh. Selepas subuh tertidur sihingga tidak solat sunat hari raya dan tidak ziarah menziarahi. Bagi yang berpuasa sebulan rayanya juga sebulan. Kanak-kanak antara yang paling gembira dengan mercun, bunga api dan duit raya. Upin dan Ipin juga tidak dilupa. Marhaban dan ziarah menziarahi memenuhi 30 hari di bulan Syawal. Puasa makan, raya pun makan itulah suasana di negara kita.

Di Mesir, teringat saya kepada iftor jamaie (majlis berbuka puasa beramai-ramai), ’Maidatul Rahman’ (tempat-tempat percuma untuk berbuka puasa) dan keriuhan malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih, tazkirah dan kuiz ramadhan di masjid-masjid yang penuh seperti penuhnya masjid di Malaysia di pagi hari raya. Pintu masjid dibuka seluas-luasnya dan tidak lupa juga akan datang,( 5 sept 2010) fenomena solat tarawih di atas jalan raya kerana berimamkan Syeikh Jibril di masjid Amru. Pagi hari raya nanti, sekembali dari masjid, taman-taman bunga dipenuhi oleh warganya. Sambutan hari raya diadakan di taman-taman bunga. Tiada marhaba dan duit raya. Hari raya hanya satu hari itulah bukan sebulan seperti di Malaysia.


Namun bagi ahli Ramadhan. Walau di mana mereka berada insyaallah mereka tahu bagaimana mahu merayakannya. Orang-orang terdahulu menangis ketika Ramadhan hampir pergi dan minta dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya. Kita pula gembira dengan perginya Ramadhan kerana 1 Syawal itu lebih istimewa gamaknya. Tanya diri sendiri : anda bagaimana pula??

Wallahu’aalam

No comments: