Thursday, November 26, 2009

Aku merasa pelik

Salam,
p0st kali ni lebih kpd pendapat ak sndri...aku diselubungi dgn perasaan pelik yg teramat sgt sjak kblakangan ini..
Aku berasa KAGUM apabila di hadapan ku terdpt hamba Allah yg beribadat dgn penuh rasa khusyuk, drpd riak mukanya kelihatan brsungguh2 ketika menadah tngn kpd Allah mengharapkn keampunanNya ttp PELIK, selepas itu keluar bersiar2 bersama temannya yg berlainan jantina tanpa rasa malu..
Aku berasa KAGUM apabila memerhatikan hamba Allah itu sangat marah apabila melihat kemungkaran berlaku di dpn mata ttp PELIK, bila akhirnya dia juga melakukn kemungkaran2 dgn tdk ada sekelumit pun rasa sesal dlm jiwanya seolah2 perkara2 ini halal bg nya..
Aku KAGUM melihat pemuda-pemudi islam bertungkus-lumus menghafal Al-Quran yg mulia kerana pada hematku ibadah ini dilakukn atas dasar ikhlas krana Allah, ttp PELIK, rupa2nya ada segelintir yg menghafal al-Quran ini kerana untuk mengejar kemewahan duniawi, ingin dpandang tinggi, ingin menawan hati para gadis/pemuda yg maj0ritinya menginginkan pasangan yg terdiri drpd kalangn hufaz al-Quran. Sungguh ku x sangka...
Aku kagum menyaksikan se0rang muslim/muslimah sentiasa berpuasa sunat malahan mengajak 'teman'nya ikut melaksanakan ibadah2 yg ku kira mendapat ganjaran yg tnggi dr Allah, ttp PELIK, ketika bersama2 mencari p0rt untk berbuka, si gadis/pemuda tdk segan silu berpegangan tangan dan berpelukan erat tanpa menghiraukan kata2 umpatan org disekelilingnya...
Aku KAGUM melihat para gadis/pemuda bangun pada waktu malam untuk sujud kpada Allah yg maha Agung, mengalirkan air mata ktika berd0a dan merintih kpadaNya, ttp aku PELIK, selepas puas beribadat, didail n0mb0r org yg dicintai dan dikasihi berjam2 lamanya semata2 untuk mendengar suara yg k0n0nnya dirindui, maka lupuslah rasa kerinduan kpd Ilahi...
Malah kni aku merasa amat KAGUM dgn dri ku yg menuntut di universiti terkemuka dlm dunia islam, universiti yg mementingkan keseimbangan bekalan dunia dan akhirat, ttp PELIKnya aku tidak mampu menghalang, menegur perkara2 mungkar yg berlaku di hadapan ku setiap hari...aku hanya mampu menjadi pemerhati...aku hanya mampu menundukkan kepala ku drpd trus melihat kejadian di hdpn ku...tdak ku sangka iman ku senipis kulit bwang...AMPUNI DIRIKU OH TUHAN YANG MAHA PENGAMPUN...

No comments: