Tuesday, August 23, 2011

Bagaimana caranya untuk mengubat hati yang sakit?(Qalbun Maridh)

salam...
Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi ini, untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang

memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang

membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar

menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa

sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran


Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. InsyaAllah~

Saturday, June 25, 2011

GRRRRRRR!!!!!!

SALAM

HARI NI AKU NK MARAH!
SAPE YG X BERKAITAN X PAYAH TERASA!

apasal laa budak2 ni x paham bahasa. perasaan empati tu x de dalam diri diorang.
makin ak bagi muka makin mengada2.
wei korang ni pemalas ke ape ah??
dapur tu aku dah kemas, aku dah lap sampai berkilat!
sedap2 je kortang sepah kan balik ea?
kau orang ingat aku marah ni sebab dapur tu aku yang punye ke?
wei pikir sendrik laa wei. dapur tu semua orang guna. bukan kau sorang je.
kau buat sepah semua orang marah wei
korang x marah dapur brsepah, or korang memang same2 pengotor?

*lepas masak ,, periuk belanga, kuali, sudip, sudu, mangkuk, pinggan tolong arr cuci.
yang kau rendam priuk belanga tu 2-3 hari wat pe doh! hanyir satu rmah tau x!
aku x pernah lak biar priuk belanga terendam lame...trus basuh wei, terus basuh!.
even kulit tangan aku tengah menggelupas pedih pun aku sental lg periuk kuali tu dengan
dawai kawat kasar tu tau x?
*periuk lepas basuh trus laa letak dekat tempat periuk..kau gi timbun semua kuali periuk
atas rak pinggan tu pehal? sesak mate tengok!
*tu semua rempah2 garam gula dah pakai letak arr dekat dalam kabinet balik...nipun nk ajar?
*dapur gas kene la sental wei. segala kuah2 kari, asam pedas, sambal tu korang lap laa balik..
sorang x lap, lepas tu x de sape laa nak lap balik lepas masak kan?? smpai dah jadi kotoran
degil dekat dapur gas tu. pastu aku jugak la kan yg sental kotoran tu. semakin menggelupas laa
kulit aku... kulit tangan aku menggelupas x pe, jangan kulit tangan korang kan?? bagus2...
* lantai yg penuh dengan percikan minyak, kuah, kulit bawang, rempah2 yg betrabur tu x reti nk
kutip balik buang dalam tong sampah then MOP???
* bekas sampah dalam singki tu kalau dah penuh pun x reti nk masuk kan dalam plastik dulu baru buang
dalam tong sampah. kalau x bat camtu beraik laaa tong sampah.. bile dah berair x de sape la kan yg
sanggup pg buang.?
*wei dapur kene jage la wei, tu tempat korang nk masak, melantak cari makanan tiap2 hari...
kemasla lepas masak...
* pasal turn masak, aku x kira kau orang dekat mane pun kalau hari tu turn korang masak,
korang jgan nk mengada2 skip lak kan.
AKU X KISAH IF KORANG ADER RUMAH KE-2, TP TIME KO DUTY, KENE BUAT ARR!!!!
AKU X TERIMA ALASAN "AKU X MAKAN KT RUMAH SENDRI, SO AKU X MASAK"...MEMANG KENE CELAKA LAHANAT DENGAN AKU!

* dekat meja makan, lepas korang masak JANGAN SESEKALI LETAK KUALI ATAS MEJA MAKAN. SANGAT LAA SOPAN YA!!
ape salah nye letak nasi goreng, lauk pauk dalam mangkuk yg cantik tu. kalau masak berkuah mcm kuah tomyam
tu, bru la pakai periuk nasi yg ade 2 bijik kat dapur tu... tp KUALI N PERIUK KAWAH PANTANG SAME SKALI!!
*sape yg last makan, tolong la rajin2 kan dri KO kemas meja makan tu ye.
lauk jangan lupe tutup.

*tentang duty rumah yg aku tngok makin dilupakan, korang paham sendri la ye. minggu ni je 2x smpah x buang..
kau orang ingat rmah ni tempat longgok sampah? tu cermin pantri, bukan main "BERKILAT" ye??
dinding shower tu kalau kumpul boleh penuh satu baldi DAKI-DAKI KORANG!!
lantai rumah tu cube korang jalan x payah pakai selipar, ADE YANG SANGGUP KE??



aku x kire laa korang dah kuar bli barang dapur ke, korang baru balik kuliah ke, kalau hari
tu korang masak, korang duty, KEMAS TETAP KEMAS!
bilik korang sendri nk bersepah aku peduli ape, tu ruang privacy korang.
dapur, pantry, toilet, shower, meja mkn bersepah, BARAN ARR WEI!!

TINGKATKAN PRESTASI, KURANGKAN KONTROVERSI!!!

Sunday, February 13, 2011

bowling~

SALAM...
baru tahu kepuasan bowling...
santai, x berpeluh, fokus....
compare to basket ball yang perlukan stamina yg tinggi...
tp nk main bowling perlu kan wang, sedangkan basketball x.
jadi saya lebih suka bermain basketball daripada bowling.....
boling boleh jadi pengerat hubungan saya dan keluarga..
thanks adik2 saya sebb sudi teman akk main bowling k!

P/S: bowling pun not bad...:)