Tuesday, September 14, 2010

SELaMat HaRi RaYe!

salam
akhirnye dah genap sebulan kita berpuasa dalam bulan ramadhan yg mulia
skarang ni tiba masa untuk berhari raya yeehaaaa!!!
ok, hari ni raye ke-5 di mesir, ardul kinanah..
dah 5 hari bru nk update blog waaa besarnye penangan raye yeee!
let go through sepanjang 5 hari ni yea

MALAM  RAYA

malam raya ak di rumah Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) Penang.
fuhh sampai2 je dkat BKAN dah nk berbuka
nasib baik kakak2 sane rajin2 huhui
kitorang pun berbuka dengan seleranye...
o0o0 bkan aku sorang je, kwan2 ak pun ade skali
nurus, syahirah, rabiatul, atiqah(tanta), aisyah(alex), husna(jordan)......
kitorang berbuka buat kali terakhir untuk thun ni...
yg paling syadu,, lepas berbuka MAMA & AYAH CALL DRI MALAYSIA!!!
SEDIH....RINDU... KAMU SEMUA!!
elok2 je lepas solat,takbir pun bergema....
waktu tu nk menangis pun ade...
yela, rindu dekat family di Malaysia
sedih.....sedih.....sedih!!!
bukan rezeki...
then kami turun ke musolla untuk solat isya' n berpogram di situ
lepas isya takbir pun bergema.....
suara pelajar malaysia syadu je...
mungkin waktu ni kami semua teringat keluarga di kampung
hmmm....thun depan nk blik jugak....
habis beprogram kami blik ke rumah...
ape lg !! persiapan  raya yeay!!
ak buat puding karmel, tiqah n aisyah kene buat sup soto,
nurus rebus nasi impit
yg lain2 kemas2 rumah hehehe
kuih raye pun buat jugak...kuih cornflake madu, ( jeee) hahaha whatever janji ade kuih kan2?
akhirnye kami tertidur pukul 2 pg....

RAYE PERTAMA!


pagi2 lg kami dah bangun waaa raye!!
berebut nk masuk bilik air, nk gosok baju, hahaha
yg nk makan apetah lg kaaan!
akhirnye tepat jam 7 pg kami bergerak ke masjid Musa...huhu
sembahyang dkt sane...
orang arab dah lame dah abis solat, kite budak Malaysia still berkumpul, bertakbir menunggu kedatangan kwn2 kami di sekitar Hayyu Sabie' ke masjid Musa...
sementara itu kitorang bertakibr bertakbir dan brtakbir...
sedih2!!!
then after tht trus ke rumah kelantan( paling dekat) mkan2, pg rumah Johor, then blik rumah....hehehe
sume kekenyangan...dengan x cukup tido mlm td...
ok la raye pertama....not bad...yg penting ape die?
ya, ukhwah sntiasa terjalin atas nama Allah...
aku x nk ingat kisah2 lama yg membuang masa aku,

buat kwan2, ak minx maaf, kalau ade terkasar bahasa, buat kecik hati ke, marah korang ke, hmmm...
buat kwan2 jugak, kalau korang rase ade silap salah dgan aku, rase mcm pernah buat aku berkecil hati ke, rase mcm pernah buat ak marah ke, and what-so-ever it is, takpe2, kesalahan yg kecik2 tu aku maaf kan. jgn risau la k... Aku x pernah berdendam.....

( akan bersambung.....)

Tuesday, September 7, 2010

biarkan saja aku menangis.....

Ditengah malam, para hamba yang membelah kegelapan, mengharap ampunan Allah dengan menumpahkan semua air matanya. Tersungkur dalam sujudnya. ‘Biarkan aku menangis Ya Allah, sebelum datang hari yang penuh tangisan. Sebelum terbakar semua tulang dan sebelum datang malaikat maut yang tidak pernah mengingkari perintahMu.’
‘Aku tangisi diriku sebelum datang hari yang penuh tangisan dan sebelum datang hari yang tidak bermanfaatnya tangisan. Dua mataku seperti awan yang menangis menumpahkan air mata bagaikan hujan, menyembuhkanku dari rasa takut kepadaMu, sebelum air mata berubah menjadi darah dan sebelum titik hujan berubah menjadi batu.
Biarkan aku menangis Ya Allah, mengharap ampunanMu!’

Ketahuilah, tangisan dan air mata yang mengalir bertanda hati dan perasaan yang lembut. Mata yang tidak menangis menunjukkan kerasnya hati dan perasaan. Itulah sebabnya Rasulullah S.A.W menganjurkan kita agar menangis. ‘Diharamkan neraka atas mata yang menangis kerana takut kepada Allah.’ (HR. Ahmad).
Dalam keheningan malam menangis menitiskan air mata dan berdoa dengan hati yang amat pedih, ‘Hatiku menangis kerana dosa-dosa namun bergembira saat melakukannya, kemudian mataku menangis sedih atas apa yang terjadi akibatnya.’
Wahai masa muda, Wahai Pemberi Rahmat, sekehendakNya kepada salah seorang dari orang-orang yang menangis, apakah Engkau akan menjagaku kelak di Masa Kebangkitan?’
Walaupun belum Engkau terima taubatku, Wahai Yang Maha Mulia, telah mendekat juga bagiku waktu kembali. Wahai Yang Pengasih, walaupun Engkau palingkan wajahMu dariku, maka dengan yang haq, aku akan menjaga wajahku agar tidak berpaling dari wajah-Mu. Jika Engkau luaskan nikmatMu dan Engkau beri aku nikmat yang tiada habis sejak dahulu kala, tidak akan menjadikan nikmat bagi aku yang pendosa.’
Ampuni aku Ya Allah!
Dari tujuh orang yang mendapatkan naungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada Hari Kiamat kelak, ketika matahari hanya sejengkal dari kepala adalah air mata yang menangis memohon ampun kepada Allah, sebagai Sabda Nabi, ‘Dan orang yang mengingat Allah sendirian, lalu air matanya bercucuran.’ (HR. Bukhari & Muslim).

Sunday, September 5, 2010

kenali tokoh ini...


 Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Ramadhan di mesir VS Malaysia...^^

Ramadhan di Malaysia, semakin puasa semakin mudah menemui pelbagai jenis juadah sehingga sebahagian besar siaran TV memuatkan tentang petua dan cara masakan sehingga kepada live ke bazar-bazar seluruh negara dan dokumentari khas berkaitan makanan-makanan yang istimewa. Bazar-bazar itu sudah satu fenomena Ramadhan di Malaysia. Tidak lupa juga dengan lelong kuih di malam raya yang berlarutan sehingga waktu subuh. Selepas subuh tertidur sihingga tidak solat sunat hari raya dan tidak ziarah menziarahi. Bagi yang berpuasa sebulan rayanya juga sebulan. Kanak-kanak antara yang paling gembira dengan mercun, bunga api dan duit raya. Upin dan Ipin juga tidak dilupa. Marhaban dan ziarah menziarahi memenuhi 30 hari di bulan Syawal. Puasa makan, raya pun makan itulah suasana di negara kita.

Di Mesir, teringat saya kepada iftor jamaie (majlis berbuka puasa beramai-ramai), ’Maidatul Rahman’ (tempat-tempat percuma untuk berbuka puasa) dan keriuhan malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih, tazkirah dan kuiz ramadhan di masjid-masjid yang penuh seperti penuhnya masjid di Malaysia di pagi hari raya. Pintu masjid dibuka seluas-luasnya dan tidak lupa juga akan datang,( 5 sept 2010) fenomena solat tarawih di atas jalan raya kerana berimamkan Syeikh Jibril di masjid Amru. Pagi hari raya nanti, sekembali dari masjid, taman-taman bunga dipenuhi oleh warganya. Sambutan hari raya diadakan di taman-taman bunga. Tiada marhaba dan duit raya. Hari raya hanya satu hari itulah bukan sebulan seperti di Malaysia.


Namun bagi ahli Ramadhan. Walau di mana mereka berada insyaallah mereka tahu bagaimana mahu merayakannya. Orang-orang terdahulu menangis ketika Ramadhan hampir pergi dan minta dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya. Kita pula gembira dengan perginya Ramadhan kerana 1 Syawal itu lebih istimewa gamaknya. Tanya diri sendiri : anda bagaimana pula??

Wallahu’aalam

RAMADAN KAREEM!!!!!!!!!!!!

I really love Egypt ...Ramadan here so bewitching, amazing ..I do not care if others would prefer to england.UK, Korean, Japanese, or other places,but I am very jealous if you can go to MeccaI really miss Mecca ..when I will go there? ...
Egypt is a very challenging place,people who like to fight among themselves,feel the heat, dust anywhere, poverty, ...I do not feel strange if there are people who do not like this place ...However,I have many relatives here ..good sister,The ustaz living here is so strong, fierce, too.conclusion, we are like a big family ...
most of the time I go to class Marbi Sheikh Muhd Nurrudin Al-Banjiri Al-makkiyyi in Kedah student"s hostel..I make many new friends ...I went terawih prayers ..at various mosques ..as Tantawi's mosque, Nuril Khattab's mosque,the future, I'll Amr's mosque visitwait, I come to you!