Monday, May 20, 2013

pemalas, pengotor

assalamualaikum....

hari ni nak bercerita tentang "boleh diharap,nbersih, kemas". bukan tadika kemas...

ni satu perkara yang menunjukkan keperibadian diri. menunjukkan seseorang itu tidak pengotor, sangat rapi dan tersusun. sifat ni lebih terarah kepada orang perempuan. aku tidak menafikan ade juga orang lelaki yang pengemas, tetapi majoritinya lebih kepada orang perempuan. kalau dekat rumah, siapa yang kemas rumah? tentunya mak kita, atau kakak dan adik perempuan kita. even kalau satu family tu semua lelaki pun, tetap mak kita juga yang kemas.

tapi, zaman sekarang susah dah nak jumpa perempuan yang boleh menjadi suri rumah yang berjaya. yang ramai sekarang ni tukang menghabiskan duit beras je. kalau zaman dulu mak kita umur 10 thun dah boleh masak yang asas mcm sambal, asam pedas, sidai baju, lipat baju, sapu rumah, basuh pinggan. sekarang jangan harap laa. x ramai dah yang mcm tu. beruntung laa kalau jumpa. kalau masa tinggal dekat rumah sendiri pun beli lauk dekat luar, makan nasi bungkus, dapur pun x masuk alasan kerja banyak, banyak lagi nak study, atau pun ade jugak yang ckp mcm ni, "nnti aku dah kahwin, aku ambil orang gaji la. ni zaman semua boleh buat"... nak je jawab, "ye lah, nnti dengan laki kau sekali dia jaga"...paham2 sendiri sudah.

zaman dulu bila tetamu nak datang bertandang, kelam kabut kemas rumah, sebab nak muliakan tetamu. tukar baju yang elok2, siapkan kuih muih, karipap ke. tetamu sampai tngok rumah kemas ceria dia rasa dihargai. lepas bersalam, anak dara bergegas masuk dapur siapkan juadah. buat air kopi, sediakan kuih sedikit. kalau yang dah boleh masak hidangkan mee goreng, paling cikai pun cekodok. hidang pakai dulang.  Aib kalau anak dara duduk berbual sekali dengan tetamu. sekarang? rumah bersepah, pakai selur pendek, duduk tengok tv depan tetamu, salam pun x ade. mak bulat kan mata pandang mcm nak telan orang pun x paham2 bahasa lagi. nak hidangkan air untuk tetamu jauh sekali. last2 mak jugak yg bangun pergi siapkan air. 

sebenarnya, orang2 tua sangat memerhatikan tatasusila orang muda terutama sekali anak perempuan.  dia tengok anak dara tu bangun pagi ke tengahhari, rumah tu kemas ke bersepah, baju pagi2 dah sidai ke belum, pakaian sopan ke x senonoh, air yang hidang cukup rasa ke tawar ke manis, bila masak tu cukup segala rempah ke pakai 'secukup rasa' adabi tu ect, ect....korang ingat bakal mentua korang tu x perhati ke? ingat cukup ke pergi kenduri kawin, pakai baju mengalahkan pengantin, make up tebal2, senyum sana, senyum sini? merasakan diri tu yang sepatutnya ade atas pelamin, sebab kau rasakau yang paling lawa divas bagai? sedangkan makcik2 tu lagi prefer anak dara yang tolong diorang rewang time persiapan untuk majlis tu la. walaupun x make up tebal2, pakai bju kurung tradisional, pada pandangan diorang, inilah perempuan yang boleh diharap. 

zaman sekarang, kita boleh buat semua tu walaupun bukan depan orang tua. cuba jaga kebersihan bilik tidur sendiri, dapur tu kemas even buat air sekalipun, bangun sebelum subuh, sapu rumah tu, mop sekali. lepas tu sidai baju. even kita tinggal dengan kawan2, tak bermakna kebersihan astiksn rumah bersih sebab nak muliakan tetamutu kita buang dalam tong sampah. x kan nak harap housemate yang sapu n mop lantai rumah tiap2 hari. wei, kalau belajar pandai2 pun, belajar agama bagai, tp hak sesama kawan serumah mcm duty rumah x ditunaikan, sia2 je wei belajar semua tu. ibarat pelajar perubatan yang asyik dengan buku, pergi kuliah, balik kuliah buka buku blik, sedangkan kawan2 dia pergi buat attachment dgn doktor2 belajar pasang blood line, cara inject patient, ect2. nnti bila dah kerja semua dah tahu, dah boleh harap, tinggal dia sorang je yang terkapai2 nak belajar semua tu. akibatnya, GP meradang dan akan melepaskan kemarahan dia depan semua orang termasuk pesakit, haaaa time tu baru tau rasa malu, menyesal.
sama juga dalam kes ni, kalau x diajar dan dididik dari awal, nnti bila dah kawin, laki marah pasal x tahu hal2 suri rumah, lepas tu ambil maid, nnti maid tu jadi surirumah tetap, time tu nnti kau menangis laa mcm mane pun, dah x berguna.......


Wednesday, May 15, 2013

Luahan rasa.............

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"



Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: 
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.




Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

my experience with large ovarian cyst



bismillah...

assalamualaikum.

sudah lama tidak menjenguk blog ni, hari ni terasa nak post benda baru. 
semangat yang datang nak post ni bila baru sahaja download blogger for ipad. 

14 April 2013,
pukul 3 pagi aku rasa sakit bahagian pinggul sebelah kanan. rasa sakit tu macam ditumbuk2. berdenyut2. buat apa pun x boleh. duduk, merengkot, meniarap, peluk lutut, baring n apa2 pergerakan sekalipun akan terasa sakit. 

just b4 azan subuh, muntah2. 

pukul 5 pagi dengan kak dibah n ust baim pergi wad kecemasan (طوارىء), doktor in charge masukkan ringer's solution + anagelsic. rasa lega sedikit. doktor syak UTI ( urinary tract infention)@cystitis, so dia prescribe ubat untuk UTI + urine analysis + pelvic ultrasound. balik rumah.

sepanjang hari, rasa sakit still ada, tp boleh tahan. bila masuk maghrib around 5 petang, rasa sakit tu datang balik and worse. pergi balik hospital rabaah dgn kak dibah, kak hawa, ust baim n kawan dia ammar.

sampai hospital, masuk lagi air by IV drip. trus buat ultrasound n urine test. time ultrasound doktor jumpa large ovarian cyst 10cm x 11cm. referred to doktor pakar gynecology, Dr Ahmad. dia kata 'you must do the surgery ASAP or i'm afraid the cyst will burst if we postpone the procedure'. then call mama n ayah n kami setuju buat surgery lusa.

16 April 2013 ( hari pembedahan)
aku puasa dari pukul 6 pagi sebab surgery pukul 3 petang. before pergi hospital, dah siap mandi n doktor x kasi pakai apa2 deoderant n lotion. 
staf hospital masuk bagi pakaian untuk masuk operation theatre (OT). siap sekali dgn hair cover n foot cover. hazdiana n syuhada dibenarkan masuk OT untuk belajar prosedur laparotomy. 

pukul 5 petang. dibawa masuk ke OT dgn kerusi roda. baring atas table. doktor bius datang tanya berat n tinggi. bila bius dah msuk ke dalam badan, terus x ingat apa2. 

syud n diana masuk bila doktor dah start incision. horizontal incision about 12 cm. time diorang dah masuk, aku dah dipasang segala macam jenis monitor. 

surgery ambil masa 50minit. 

lpas keluar dari OT, aku stay dkt recovery room sampai aku sedar semula. the first word i said was "subhanallah, alhamdulillah". 
menggigil kesejukan n rasa sangat mengantuk. bila dah sedar, aku terus diusung ke bilik wad yang telah mereka sediakan. 


sampai dekat wad, time diorang angkat dari strecher ke katil, aduh, sakit Allah sahaja yang tahu. 
diana tunjukkan cyst yang berjaya dikeluarkan, then terus tertidur. 

sepanjang malam tidur ade curtain2 time aku terjaga sbb nak batuk. sakit tp kena juga buat. supaya paru2 full expand. 

17 april 2013 

pagi lepas subuh, petugas perempuan datang nak bersihkan badan. hilangkan kesan2 iodine. laepas tu ambil ubat lawas. supaya sistem penghadaman aktif semula. 
lepas bersihkan diri, doktor dah suruh berjalan sebab untuk elakkan DVT(deep venous thrombosis).
tp x berapa bermaya sebab dah hampir 4 hari x jamah apa2. hanya air yang masuk. 

pukul 9pagi dah boleh buang air. doktor cabut catheter. boleh mkn sup2 n liquid food shj. 

setiap 2 jam akan bangun dari katil untuk buat exercise; berjalan2 selama 10 minit. lepas tu masuk antibiotik n anagelsic by IV drip.

pukul 12 tghhari sampai 3 petang, ramai pelawat datang. ahli beit, sahabat2 wisma melaka, HEWI PMRAM, dan sahabat PERUBATAN. terima kasih atas sumbangan kalian semua!



pukul 9 malam doktor dah benarkan pulang ke rumah. setiap hari mesti tukar dressing luka untuk elakkan infection. kak dibah n kak qila yang teman balik. tq ustaz baim atas urusan pengangkutan dan urusan keluar wad. tq kak dibah n kak qila tolong belikan ubat n ambil prescribtion dari doktor. 

bermula pula sesi penyembuhan di rumah. 3ala kullu hal, ahli beit Ummu Athiyah sangt banyak membantu aku time di hospital dan dkt rumah. jasa kalian sangat besar!

inilah sedikit sebanyak pengalaman aku sepanjang menjadi pesakit di mesir. hari ini pun aku masih dalam proses penyembuhan. x risau apa2 sbb ahli beit sangat memahami situasi aku sekarang. :)